Singapura labur RM91.2 juta untuk insentif galakkan pemilikan EV

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Singapura akan melabur kira-kira SGD$30 juta untuk tempoh lima tahun bagi memperkenalkan lebih banyak insentif dalam usaha untuk mengurangkan jurang harga antara kenderaan elektrik dan juga kereta enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Selasa lalu, langkah pertama yang bakal dilaksanakan adalah merendahkan cukai Additional Registration Fee (ARF) kepada sifar bagi kenderaan elektrik yang didaftarkan bermula Januari 2022 sehingga Disember 2023.

Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan lagi pembeli memaksimumkan rebat daripada insentif EV Early Adoption Incentive (EEAI) yang menawarkan rebat sehingga 45 peratus untuk setiap pembelian EV, di mana ia dihadkan sehingga SGD$20,000 sahaja.

Selain daripada itu, kerajaan Singapura juga akan mengkaji semula struktur cukai jalan untuk diaplikasikan kepada kenderaan elektrik supaya ia selaras dengan cukai yang dikenakan kepada kereta berenjin pembakaran dalaman.

Dengan adanya insensif EEAI yang telah dimulakan pada awal tahun ini, para pembeli mampu menikmati penjimatan sehingga SGD$45,000 dan SGD$57,500 untuk pembeli teksi elektrik.

 


Ini adalah selari dengan pengumuman yang telah dibuat sebelum ini di mana Singapura berazam untuk menjadi negara sifar emisi menjelang tahun 2040.

Singapura juga akan menggunakan sebahagian daripada bajet tersebut untuk memacu pembangunan fasiliti pengecasan bagi menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik untuk dekad seterusnya.

Menjelang tahun 2030, Singapura bakal memiliki 60,000 poin pengecasan di kawasan parkir kenderaan umum dan premis peribadi, dua kali ganda berbanding sasaran awal sebanyak 28,000 unit.
 

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…