Siri Honda N-BOX kereta terlaris Jepun 2019, dah 3 tahun berturut-turut!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada awal Januari lalu, penulis pernah menyiarkan berita tentang jualan Honda siri N yang begitu cemerlang sehingga melebihi 2.5 juta unik sejak 2011. 

Apa yang penulis tidak sangka ialah rupa-rupanya siri Honda N-BOX (satu daripada siri N) merupakan kereta terlaris Jepun sejak 2017.

Tahun ini adalah hatrik untuk siri N-BOX mengulangi kedudukannya dan kali kelima menerajui segmen kereta kei (mini).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
N-BOX SLASH Special Edition G / L Nova Country Style Styling (Platinum White Pearl & Brown)

Jualan siri N-BOX pada tahun 2019 ialah 235,500 unit, meningkat daripada 241,870 unit pada tahun 2018. Apa yang menarik ialah jualan siri N-BOX semakin meningkat dari 2017 hingga 2019.

Daripada statistik jualan, N-BOX mula menjengah pasaran pada Disember 2011 dengan jualan 2,860 unit dan menduduki tangga ke-45 segmen kereta mini dan 165 keseluruhan.

Tahun kedua di pasaran, jualan siri N-BOX terus melonjak kepada 211,155 unit dan terus menduduki tangga kedua segmen kereta mini dan keempat keseluruhan.

 

Honda N-BOX Custom G L Turbo Honda SENSING

 

Tahun ketiga jualan meningkat kepada 234,994 unit seterusnya menerajui segmen kereta mini dan ketiga terlaris di Jepun.

Dari 2014 hingga 2016 jualan siri N-BOX menyusut ke paras 180,000 hingga 186,000. Kedudukan pada 2014 jatuh ke tempat kedua sebelum bangkit semula ke tempat pertama pada 2015 sehingga 2019.

Honda N-BOX generasi kedua diperkenalkan pada Mei 2017 dan merupakan tahun di mana jualan meledak kepada 218,478 unit seterusnya mengembalikan kedudukan kereta terlaris Jepun.

Honda N-BOX Custom

Secara keseluruhannya sebanyak 1,714,074 unit siri Honda N-BOX telah terjual sejak pertama kali diperkenalkan pada 2011.

Kepada peminat tempatan, Honda N-BOX 660cc turbo ini ada dijual di lot kedai recond, harganya 'keras' iaitu sekitar RM125,000.

N-BOX bukan kereta mini biasa, reka bentuknya seperti sebuah kereta premium dalam pakej kecil!.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!   Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…