Siri perlumbaan Asia GT 2019 kini di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama antara Country Heights dan Goldenport Enterprise, Malaysia bakal menganjurkan kejohanan Asia GT yang pertama pada 15-17 Mac 2019 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejohanan berprestij itu bakal menyaksikan penyertaan hampir 30 buah pasukan dari seluruh dunia bagi merebut hadiah yang berjumlah RM5.4 juta.

Festival Asia GT yang pertama kali dianjurkan di luar China itu merupakan acara perintis hasil perjanjian lima tahun antara Country Heights dan Goldenport Enterprise.
 


Menurut Matahari Lee, Pengarah Eksekutif Country Heights berkata, "melalui penganjuran Asia GT, kami mahukan rakyat Malaysia mendapat lebih pendedahan kepada acara sukan permotoran."

Festival Asia GT ini dijangka menarik penyertaan daripada beberapa jenama besar pasukan global seperti Porsche, Audi, Ferrari, Bentley, McLaren dan Mercedes-Benz, terdiri daripada beberapa kelas seprti GT4 dan GT3.

Selain daripada itu, Malaysia Speed Festival (MSF) juga dijangka bakal menampilkan perlumbaan melibatkan siri produksi kenderaan yang diubahsuai bagi mempelbagaikan lagi siri perlumbaan sepanjang Festival Asia GT tersebut.
 


Kosongkan tentatif anda pada 15-17 Mac 2019 dan beramai-ramai hadir menyaksikan Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
The Showcase merupakan himpunan kenderaan modifikasi dari seluruh Malaysia di Mines Exhibition…
Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Federation Internationale de l'Automobile (FIA) dan Federation of…