Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan berjumlah RM70,000, termasuk ganjaran berupa tayar kereta penumpang dan barangan MICHELIN serba eksklusif.
Kategori |
Hadiah |
Kategori ‘Expert’ & ‘Advanced’: Tempat ke-1 – ke-3 |
Satu set tayar kereta penumpang MICHELIN DAN ‘MICHELIN Office Racing Chair’ DAN Hadiah Tunai: Tempat ke-1 – RM 3,000 Tempat ke-2 – RM 1,500 Tempat ke-3 – RM 500 |
Kategori ‘Expert’ & ‘Advanced’: Tempat ke-4 – ke-12 |
Satu set tayar kereta penumpang MICHELIN (bersaiz sehingga 16 inci) |
Kategori 24 Terbaik ‘Expert’ & ‘Advanced’ |
Satu set lengkap barangan eksklusif MICHELIN |
‘Best Livery Challenge’ |
Satu set tayar kereta penumpang MICHELIN (bersaiz sehingga 16 inci) DAN Barangan MICHELIN |
1,000 pendaftaran pertama yang berjaya |
Seunit barang eksklusif MICHELIN |
Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 merupakan langkah pertama MICHELIN dalam industri e-sukan tempatan, mencerminkan hala tuju baharu jenama ini dalam menjulang keinklusifan mobiliti – “Motion for Life”.
Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 akan berlangsung secara eksklusif di Gran Turismo Sport, dan merupakan acara e-Perlumbaan rasmi yang disokong oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).
Oliver Biggart, Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, “Sebagai penyokong aktif industri e-sukan dan permainan video di persada global, kami juga berbangga untuk mengunjurkan sokongan kami di peringkat tempatan menerusi Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN yang pertama di Malaysia.
Dengan penularan pandemik berskala global yang membataskan pergerakan kita di luar, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia – yang memainkan peranan mereka dengan menyahut seruan kerajaan untuk berdiam di rumah dan menjaga keselamatan diri dan orang lain – untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini bersama kami dari keselesaan rumah masing-masing.”
Sebagai rakan penaung rasmi bagi pertandingan seperti Gran Turismo Championships (Berpiawaian FIA), MotoGP™ eSport Championship dan banyak lagi, MICHELIN bergiat aktif dalam arena perlumbaan simulasi di peringkat global.
MICHELIN juga merupakan rakan penaung rasmi bagi acara Le Mans 24 Hours Virtual pada tahun lalu, yang telah menyaksikan sebuah grid dengan 50 kereta lumba jenis Prototaip dan GT memanfaatkan produk MICHELIN bagi edisi virtual acara perlumbaan Le Mans 24 Hours – turut hadir dengan simulasi pelbagai cuaca dan strategi tayar perlumbaan yang sebenar.
“Berslogankan ‘Motion for Life’, MICHELIN ingin mencari kaedah berinteraksi yang baharu agar dapat menjalin dan merapatkan hubungan sesama kita, walaupun menerusi platform virtual,” jelas Biggart.
Dibuka kepada semua, pertandingan Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 akan berlangsung dalam tiga fasa sepanjang tempoh enam minggu yang akan datang.
Ia bermula dengan pendaftaran ujian masa yang dibuka pada hari ini sehingga 27 Jun, 11:59 malam. 94 peserta terbaik dengan catatan masa paling pantas di litar, Sardegna Road Track A II menggunakan BMW M6 GT3 M Power yang dilengkapi dengan tayar medium perlumbaan akan mara ke Sesi Pengesahan.
Setelah fasa pengesahan selesai (30 Jun hingga 6 Julai), para peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyertai Pusingan Kejohanan Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021.
Peringkat Pertandingan |
Tarikh |
Waktu |
Penyertaan Ujian Masa |
7 – 27 Jun 2021 |
Sehingga 11:59 malam, 27 Jun 2021 |
Sesi Pengesahan |
30 Jun – 6 Julai 2021 |
Para peserta akan dihubungi untuk slot masa mereka |
Pusingan Kejohanan |
||
Pusingan 1 (Advanced) |
10 Julai 2021 |
10:00 pagi – 1:00 petang |
Pusingan 1 (Expert) |
2:30 petang – 5:00 petang |
|
Pusingan 2 (Advanced) |
11 Julai 2021 |
10:00 pagi – 1:00 petang |
Pusingan 2 (Expert) |
2:30 petang – 5:00 petang |
|
Pusingan 3 (Advanced) |
17 Julai 2021 |
10:00 pagi – 1:00 petang |
Pusingan 3 (Expert) |
2:30 petang – 5:00 petang |
|
Pusingan Separuh Akhir |
18 Julai 2021 |
10:00 pagi – 1:00 petang |
Pusingan Akhir |
3:00 petang – 5:00 petang |
Peringkat Pusingan akan berlangsung sepanjang dua minggu yang selanjutnya – 10 & 11 Julai serta 17 & 18 Julai.
Peringkat Pusingan Kejohanan akan disiarkan secara langsung dan warga umum boleh menonton aksi Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 di strim siaran langsung Facebook yang rasmi di https://www.facebook.com/MichelinMalaysia
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021, sila layari http://vracingseries2021.michelin.com.my.