Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman, menjual kembali kereta, serta menghantar apa jua jenama kereta mewah untuk diservis.
SISMA Auto Hub Glenmarie menempatkan ruang pameran yang mampu memuatkan 14 buah kereta, 16 ruangan servis, serta peralatan dan kelengkapan diagnostik yang terkini.
Selain daripada Jaguar Land Rover (Malaysia) dan SISMA Auto Hub, SISMA Auto juga turut mengendalikan pusat pameran Volvo di Bukit Bintang, serta Pusat Service and Selekt Glenmarie.
Malah, Volvo Car Malaysia turut mengiktiraf SISMA Auto menerusi anugerah 'Dealer of the Year' untuk dua tahun berturut-turut (2020 dan 2021).
Dalam pada itu, SISMA Auto telah memulakan kerja pembinaan pusat 3S empat tingkat Volvo di Sungai Besi yang memiliki keluasan 50,000 kaki persegi, dan dijangka mula beroperasi pada penghujung 2022.