Sistem bateri boleh ditukar - Honda, Yamaha jalin kerjasama dengan Piaggio, KTM

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Syarikat pengeluar motosikal Jepun, Honda dan Yamaha telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan syarikat Itali, Piaggio dan syarikat Austria, KTM bagi membangunkan pek bateri standard untuk motosikal elektrik, termasuklah moped, tricycle dan quadricycle.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Projek tersebut dinamakan sebagai Swappable Batteries Consortium, dan berharap bakal mewujudkan standard teknikal bertaraf antarabangsa menerusi kerjasama dengan pihak kerajaan dan pemegang pihak berkepentingan.

Menurut Noriaki Abe, pegawai urusan operasi motosikal Honda berkata, usaha elektrifikasi di seluruh dunia bagi mengurangkan CO2 kini semakin pantas, terutama di Eropah.

"Untuk mengadaptasi elektrifikasi pada motosikal, beberapa masalah seperti jarak operasi dan masa pengecasan perlu diberi perhatian, dan bateri yang mudah ditukar adalah penyelesaian terbaik.

Tambah Abe lagi, sistem bateri standard untuk kebanyakan jenama di pasaran bakal memberikan kemudahan kepada pelanggan, di mana mereka tidak lagi perlu mempunyai beberapa jenis bateri untuk beberapa jenis kenderaan.

Ini bukanlah kali pertama perjanjian seumpama itu ditandatangani, memandangkan kira-kira setahun yang lalu, Honda komited bekerjasama dengan Yamaha, Kawasaki dan Suzuki bagi membangunkan dan menguji sistem bateri yang boleh ditukar di Universiti Osaka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…