Sistem e:HEV Jazz diinspirasikan daripada unit hibrid F1!

oleh Mohamad Hanif|
Kita sepatutnya berterima kasih kepada perlumbaan-perlumbaan berprestij dalam memperkenalkan beberapa teknologi termaju yang kini menjadi kelaziman di dalam kenderaan moden masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Antara contoh yang dibawakan dari dunia perlumbaan termasuklah sistem pacuan semua roda, casis gentian karbon, sayap belakang yang menjadi kegemaran ahbeng serta sistem hibrid yang kini mula menguasai kebanyakan kenderaan berenjin petrol.

Sebut pasal sistem hibrid, Honda sebenarnya banyak merujuk kepada program F1 Hybrid Power Unit dalam membangunkan sistem hibrid tersendiri e:HEV yang boleh didapati pada model Jazz terkini.

Menurut ketua unit pembangunan kuasa Honda, Yasuaki Asaki berkata, "cara sistem hibrid e:HEV ini beroperasi dalam sama seperti unit F1.

 


"Ketika musim perlumbaan, pasukan F1 perlu menguruskan pelbagai perkara, dan salah satu daripadanya adalah pengurusan bahan api supaya mampu memenuhi regulasi.

"Dalam perlumbaan, kami boleh menetapkan jumlah bahan api yang digunakan berdasarkan jumlah pusingan, namun terdapat situasi di mana jentera menggunakan lebih bahan api untuk prestasi yang tinggi, serta penjimatan bahan api untuk situasi lain, seperti contoh ketika pemanduan di belakang kereta keselamatan.

"Jadi, komunikasi antara jurutera perlumbaan dan pemandu merupakan kunci bagi mencapai keseimbangan yang diperlukan.

"Namun, di dalam sistem hibrid e:HEV, kami menggunakan kepakaran bagi memastikan unit kawalan trenkuasa mampu menyalurkan nisbah kuasa terbaik kepada pemandu di dalam apa jua keadaan pemanduan.

Sistem e:HEV yang terdapat pada Jazz generasi baharu terdiri daripada dua motor elektrik, enjin 1.5 liter i-VTEC, serta pek bateri lithium-ion.

Ia mampu menghasilkan kuasa sekitar 107 kuasa kuda dan daya kilas elektrik setinggi 253 Nm yang mampu membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.4 saat sahaja.

 


Terdapat tiga mod pemanduan yang ditawarkan termasuklah EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive, di mana dua ciri terawal tersebut mampu menawarkan tahap keberkesanan yang optimum di dalam pemanduan urban.

  • EV Drive: Bateri lithium-ion membekalkan kuasa kepada motor penggerak elektrik (electric propulsion motor) secara terus
  • Hybrid Drive: Enjin membekalkan kuasa kepada motor penjana elektrik (electric generator motor) yang kemudian membekalkan pula kepada motor penggerak elektrik
  • Engine Drive: Enjin petrol disambungkan terus ke roda melalui klac terkunci (lock-up clutch)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi luaran, versi facelift 2023 itu didatangkan dengan sedikit perubahan, pada bahagian depan…
Berita Global
Baru-baru ini, satu hantaran video di Youtube oleh Kamal Yadav telah menunjukkan rupa jelas luaran…
Berita Domestik
Dalam majlis tersebut, pemilik pertama Honda Civic e:HEV RS, Encik Chin Kok Fung turut menerima…