Sistem hibrid AMG sungguh efisien, mampu cas bateri sendiri ketika kereta sedang drift!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika melakukan aksi pemanduan senget (drift), kebanyakan masa dan tenaga akan dibazirkan begitu sahaja namun menurut Mercedes-AMG, ia tidak akan disia-siakan sekiranya menggunakan sistem hibrid berprestasi tinggi mereka yang bakal diperkenalkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan video yang baharu saja diterbitkan, Mercedes-AMG mahu memastikan trenkuasa plug-in hybrid yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi bukan sahaja sporti, malah ia mampu memadamkan perasaan skeptikal orang ramai terhadap sistem hibrid.

 


Menurut Jochen Schmitzz dari unit pembangunan strategi operasi hibrid menjelaskan, sistem rekuperasi tenaga akan menyalurkan sebilangan kecil tenaga daripada roda belakang kepada sistem bateri, sekaligus mengecas sistem tersebut bila mana anda sedang melakukan aksi drift.

Bukan itu sahaja, sistem 'operasi' yang menjadi tunjang utama dalam aspek pemanduan kereta hibrid Mercedes-AMG akan datang mampu untuk mengoptimasikan setiap sudut kuasa - baik dari enjin, sistem elektrik mahupun mod pemanduan yang dipilih - supaya tiada sebarang tenaga yang akan dibazirkan pada bila-bila masa.

 


Dalam versi yang paling berkuasa (Mercedes-AMG GT73), sistem plug-in hybrid Mercedes-AMG berupaya untuk menghasilkan kuasa setinggi 804 hp dan 1,000 Nm, terima kasih kepada unit pemanduan elektrik (Electric Drive Unit) yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 201 hp dan 442 Nm.

Unit EDU ini juga dikatakan akan digandingkan dengan enjin 2.0 liter pada model Mercedes-AMG C 63 dengan angka output keseluruhan berjumlah 650 hp.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, Subaru diberitakan akan menggunakan kepakaran Toyota di dalam…
Berita Global
Walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun 2021, jangka hayat generasi kedua Toyota GR86…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada penerbitan Jepun Mag-X mendakwa SUV Subaru Forester generasi baharu…