Sistem HS WIM untuk kesan lori lebih muatan - masih dalam fasa terakhir sejak 2022?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya sedang dalam fasa terakhir pembangunan sistem High Speed Weigh-In-Motion (HS WIM) yang mampu mengesan lori-lori yang lebih muatan dalam masa sebenar dan secara automatik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi tanpa memerlukan lori itu berhenti atau diarah masuk ke stesen penimbang.

Selain dari Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya, sistem itu turut dibangunkan dengan bantuan pemain industri seperti PLUS Malaysia Berhad.

Teknologi canggih itu boleh mengurangkan risiko kemalangan dan mengurangkan kerosakan jalan raya akibat kenderaan komersil lebih muatan.

Menurut laporan Malaysia Gazette pada 20 Ogos 2022, perkara yang sama juga pernah diumumkan oleh JPJ di mana Ketua Pengarah JPJ pada ketika itu, Datuk Zailani Hashim berkata projek HS WIM berada dalam fasa terakhir.

Mungkin fasa terakhir ini mengambil masa beberapa tahun?

* Sumber dari video The Star