Sistem lampu isyarat 3 fasa dilaksanakan di Persimpangan Bertingkat Country Heights

oleh Mohamad Hanif|
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd., pemegang konsesi Lebuhraya Kajang SILK akan melaksanakan sistem lampu isyarat tiga fasa di Persimpangan Bertingkat Country Heights (Exit 1808), Kajang, berkuatkuasa pada Sabtu, 23 Julai 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertukaran sistem lampu isyarat ini bertujuan menyurai kesesakan trafik memandangkan sistem lampu isyarat empat (4) fasa sedia ada menyekat kelancaran di laluan utama Lebuhraya SILK serta pergerakan keluar masuk pengguna di persimpangan tersebut.

Untuk makluman, fasa satu adalah pergerakan serentak dua trafik bertentangan iaitu:
1. Pengguna dari arah Kajang yang menyusur masuk ke Exit 1808, menuju ke Plaza Tol Kajang (PLUS) atau membuat pusingan ‘U’ menghala semula ke Kajang; dan
2. Pengguna dari arah Putrajaya yang menyusur masuk ke Exit 1808, menuju ke Bandar Baru Bangi, atau membuat pusingan ‘U’ menghala semula ke Putrajaya.

 


Manakala fasa dua pula adalah trafik dari arah Bandar Baru Bangi menuju ke Plaza Tol Kajang (PLUS) atau membelok ke kanan menghala ke Kajang. Fasa tiga adalah trafik dari arah Plaza Tol Kajang (PLUS) menuju ke Bandar Baru Bangi, membelok ke kanan menghala ke Putrajaya, atau membuat pusingan ‘U’ menghala semula ke Plaza Tol Kajang (PLUS).

Papan tanda kawalan trafik akan dipasang semasa kerja-kerja peralihan fasa dijalankan. Kakitangan operasi Lebuhraya Kajang SILK akan memantau keadaaan lalu lintas bagi
memastikan keselamatan pengguna serta kelancaran trafik. Para pengguna dinasihatkan agar mematuhi arahan pengawal trafik serta papan tanda di kawasan terlibat.

Bagi mendapatkan maklumat trafik terkini, sila ikuti akaun Twitter rasmi Lebuhraya Kajang SILK di @SILKHighway dan laman Facebook PROLINTAS Highways atau
hubungi talian bebas tol 03-8921 0123 untuk sebarang pertanyaan.