Sistem O-Uchi Kyuden Toyota, boleh bekal elektrik rumah dari kenderaan elektrifikasi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sistem O-Uchi Kyuden
Sistem O-Uchi Kyuden
Jika diperhatikan ada beberapa pengeluar kenderaan yang membentuk ekosistem teknologi kenderaan elektrik yang turut merangkumi kediaman.

Maknanya, sistem tersebut siap dengan pembekalan tenaga untuk rumah dan juga ketika kecemasan seperti terputus bekalan elektrik.

Di dalam pembangunan bateri, Toyota menggunakan konsep selamat, tempoh perkhidmatan yang lama, berkualiti, nilai yang baik untuk harga dan berprestasi tinggi.

Konsep itu dizahirkan supaya pelanggan dapat menggunakannya dengan tenang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sistem O-Uchi Kyuden

Satu inovasi yang dihasilkan oleh Toyota ialah Sistem O-Uchi Kyuden.

Sistem itu merujuk kepada set simpanan bateri kediaman yang mempunyai manfaat tersendiri.

Sistem O-Uchi Kyuden

Sistem ini menggunakan teknologi bateri kenderaan elektrifikasi seperti Kawalan Bateri Toyota bagi membekalkan tenaga dengan kapasiti berkadar 8.7 kWj dan output berkadar 5.5 kWj. 

Kawalan itu untuk keselamatan dan membekalkan tenaga elektrik ke seluruh rumah bukan sahaja dalam situasi biasa malah semasa gangguan bekalan elektrik yang berpunca dari bencana alam.

Selain itu, melalui penyambungan dengan sistem fotovolta, ia boleh membekalkan jumlah elektrik yang sesuai mengikut keperluan pelanggan pada waktu siang dan malam.

Toyota percaya sistem ini akan menggalakkan penggunaan kuasa solar yang merupakan tenaga boleh diperbaharui.

Berikut adalah set Sistem O-Uchi Kyuden

Sistem O-Uchi Kyuden
  1. Unit storan bateri
  2. Pengubah DC-DC (perkakasan untuk menukar voltan arus terus/DC)
  3. Penyesuai (conditioner) kuasa hibrid (membolehkan kedua-dua simpanan bateri dan panel solar digunakan)
  4. Adapter pembekalan kuasa kenderaan
  5. Kabel sambungan khas (plug AC dengan pemutus kebocoran).

Ilustrasi yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas kegunaan dan fungsi sistem ini.

Apa kelebihan yang ada pada Sistem O-Uchi Kyuden Toyota?

Sistem O-Uchi Kyuden

Sistem Toyota ini boleh membekalkan tenaga dari kenderaan elektrifikasi seperti HEV, PHEV, BEV, FCEV pada arus 100V AC dan boleh menggunakan elektrik yang disimpan di dalam kenderaan tersebut sebagai sumber tenaga sandaran atau back up ketika bekalan terputus.

Ini yang dikatakan sebagai penyelesaian bermanfaat. Tidak perlu sambung dari plug ke plug ke plug untuk dapatkan tenaga elektrik ketika bekalan terputus. 

Sistem yang diceritakan ini bukan setakat teknologi di dalam makmal dan Toyota sudah pun menawarkannya kepada pengguna di Jepun!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*Output maksimum dari adapter kenderaan ialah 1.1 kWj

Sistem O-Uchi Kyuden