SJR NORMA BARU PKP : PEMERIKSAAN KREDIT TOUCH N GO DI TOL

oleh Penyumbang Rencana 2|
datuk mior dan mohd yusuf memeriksa sjr yg dilakukan ditol itu sendiri
POLIS Perak menggunakan kaedah baru untuk mengesan aktiviti semasa sekatan jalan raya (SJR) dengan menempatkan pegawai polis di plaza tol hala masuk.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, melalui kamera litar tertutup (CCTV) di setiap lorong plaza tol, sebarang aktiviti akan dapat dikesan.

Katanya, inisiatif itu boleh mengelakkan berlaku salah guna kuasa atau tohmahan kepada pegawai yang bertugas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kalau di pintu tol ni lorong-lorong tol ni semua ada kemudahan CCTV, apa yang berlaku sepanjang masa antara petugas dan orang ramai dapat dirakam di CCTV.

“Jadi kita akan dapat mengesan apa juga yang berlaku dan ini dapat mengelakkan mengelakkan sebarang tohmahan dan sebagainya terhadap anggota polis atau mana-mana pengguna jalan raya yang terlibat,” katanya.

dari kiri mohd yusuf, datuk mior faridalathrash wahid

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan kerja  ke Plaza Tol Ipoh Utara Arah Selatan petang tadi. 

Menurut Datuk Mior Farid Al Athrash, melalui projek rintis itu juga kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

Katanya, anggota bertugas tidak perlu membuat pemeriksaan dua kali iaitu dokumen dan kadar bayaran tol.

Sebaliknya ujar beliau, pemeriksaan hanya mengambil masa tidak sampai satu minit dan empat lorong digunakan untuk melancarkan trafik.

“Kalau sebelum ini anggota kita akan memeriksa kadar bayaran tol, melihat bacaan tol tinggi atau tidak untuk tindakan berkaitan.

“Tapi dengan projek ini yang kita mulakan semalam, petugas hanya akan bertanya, memeriksa dokumen dan kadar bayaran tol pada kad Touch n Go yang tertera pada toll fare indicator (TFI),” katanya.

Datuk Mior Faridalathrash berkata, pemeriksaan juga boleh dibuat sepanjang masa dalam sebarang keadaan cuaca.

Katanya, projek tersebut akan dijalankan di tiga lokasi iaitu Plaza Tol Jelapang, Plaza Tol Ampang dan Plaza Tol Simpang Pulai sebelum dilaksanakan di seluruh negeri Perak.

Sementara itu, Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, PLUS sentiasa bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk mengekang wabak Covid-19 sejak PKP 1.0 dilaksanakan.

Katanya,  PLUS sangat berbesar hati untuk bekerjasama membantu pihak polis bagi melancarkan trafik ketika SJR.

“Sebelum ini SJR dibuat selepas plaza tol dan kita boleh lihat kesasakan yang agak teruk. Tapi dengan pemeriksaan terus di lorong-lorong plaza tol akan mempercepat dan mengurangkan kesesakan kerana transasksi tol dilakukan pada masa yang sama.

“Penjimatan masa ini dilihat sangat berkesan membantu mengurangkan kesesakan,” katanya.

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar