SJR: PDRM hanya terima surat tujuh kementerian, tiga agensi sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mereka hanya akan menerima pakai surat kebenaran pergerakan daripada tujuh kementerian dan tiga agensi sahaja, bermula 8 Jun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kementerian dan Agensi yang dimaksudkan adalah:
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) - sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan
2. Kementerian Pengangkutan (MOT) - sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) - sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, dan komoditi
4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) - sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi.
5. Bank Negara Malaysia (BNM) - sektor kewangan/insurans.
6. Suruhanjaya Sekuriti (SC) - sektor urusniaga saham
7. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) - perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran
8. Kementerian Dalam Negeri, serta agensi yang berada di bawah KDN seperti: Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Sukarelawan Malaysia (RELA)

Peniaga kecil serta pengusaha trak makanan perlu mendapatkan kelulusan dan surat pengesahan yang dikeluarkan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakala pengeluaran lesen pengurusan sisa pepejal dan sanitasi pula adalah menerusi Sistem Pengurusan pintar COVID-19 (CIMS) 3.0.

Bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, mereka perlu mendapatkan permohonan kebenaran bergerak secara one-off daripada pihak polis bermula 1 Jun-14 Jun 2021.

Untuk pekerja yang berada di dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi, namun perlu ke tempat kerja untuk tujuan khusus seperti penyediaan dokumen dan sebagainya, kebenaran hanya akan diberikan oleh PDRM secara sekali sahaja untuk tempoh dua hingga tiga hari dan memerlukan pengesahan daripada majikan sebagai bukti.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu video ringkas yang diterbitkan oleh KiniTV, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri…
Berita Domestik
  "Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori…
Berita Domestik
PDRM akan menerima surat dari MITI itu untuk sementara waktu bagi membantu memudahkan urusan orang…