Skandal Daihatsu: UMW Toyota keluar kenyataan rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Berhubung isu skandal keselamatan Daihatsu yang telah dilapor sebelum ini, UMW Toyota dalam satu kenyataan rasmi memberikan jaminan kepada orang ramai untuk memastikan semua kenderaan yang dijual di Malaysia mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, mereka juga komited terhadap pengurusan yang telus dan penuh bertanggungjawab.

Menurut presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, "kami berdedikasi untuk mengekalkan standard dan kualiti tertinggi pada kenderaan kami. Usah risau, kerana kami sedang giat berusaha untuk memastikan semua kenderaan kami mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

UMW Toyota juga akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani perkara ini dengan telus, mengekalkan komitmen mereka untuk terus menawarkan kenderaan berkualiti tinggi untuk pasaran Malaysia.

Beliau menyambung, "Kami memahami kepentingan kepercayaan, dan kami mahu mengukuhkan keyakinan pelanggan kami terhadap kami. Dedikasi kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa dan kekal menjadi keutamaan kami."

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC), isu penyelewengan prosedur ujian keselamatan Daihatsu itu turut memberikan kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.