SkillDrvn Speed Angel Project - dibuka untuk kaum Hawa yang ingin berlumba!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ada di antara kita yang masih skeptikal dengan penglibatan wanita di dalam sukan perlumbaan, atau ada yang tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memecahkan stereotaip yang telah lama membelenggu, Kegani Racing Academy telah memperkenalkan sebuah projek perlumbaan khusus untuk pelumba wanita yang digelar sebagai SkillDrvn Speed Angel Project.

Program ini mengambil masa kira-kira enam bulan, dan terbuka kepada semua wanita yang mahu membuktikan keupayaan diri di dalam sukan perlumbaan.
 

kegani


Tiada sebarang kos dikenakan, namun peserta perlu sedia untuk menyertai setiap sesi latihan dan acara yang dianjurkan sepanjang tempoh tersebut.

Untuk mereka yang bekerja sepenuh masa, usah risau setiap sesi yang dibuat adalah di luar waktu bekerja yang normal, dan terdapat juga sesi yang dibuat pada hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

Kemahiran untuk memandu kereta manual tidak diwajibkan, namun ia adalah satu bonus bagi mereka yang sudah mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kenderaan bertransmisi manual.
 

kegani


Pendaftaran serta maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web INI.