Katanya, sejak Januari lalu, kesedaran dalam kalangan penghantar makanan untuk mendapatkan perlindungan bencana pekerjaan meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Selepas kerajaan mengumumkan untuk membayarkan RM232.80 iaitu caruman selama setahun bagi semua penghantar makanan yang mendaftar dibawah SPS Lindung, jumlah pendaftaran turut meningkat.
“Hanya tinggal baki 20 peratus sahaja rider GrabFood yang belum daftar. Kita akan usahakan untuk minta mereka mencarum dengan Perkeso secepat yang mungkin,” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Ramadan di Resort D’Village, Ayer Keroh di Melaka, semalam.
Terdahulu, pada Februari lalu, statistik dikeluarkan Perkeso negeri merekodkan hanya 164 daripada 650 penghantar makanan di negeri ini telah mendaftar di bawah SPS.
Dalam pada itu, pada program tersebut seramai 120 orang penghantar makanan GrabFood telah mengambil bahagian dengan membantu menghantar kit makanan dan barang keperluan harian kepada 60 keluarga asnaf di sekitar Melaka.