Skim khas untuk graduan baharu beli kereta pertama

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Ramai pelajar lepasan universiti sudah berjaya menamatkan pelajaran dan bakal melangkah ke alam dewasa. Apabila sudah mula memasuki alam dewasa, perkara pertama yang mereka fikirkan ialah bekerja.


Untuk mula bekerja, pasti graduan baharu buntu memikirkan kenderaan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Tidak semua kawasan kediaman masing-masing mempunyai akses pengangkutan awam. Dalam situasi ini, kereta sudah menjadi satu keperluan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Disebabkan graduan universiti baru sahaja mahu mula bekerja, pasti tidak semua mempunyai simpanan yang mencukupi untuk pembelian kereta. 

 

Tahukah anda terdapat Skim Graduan yang disediakan oleh beberapa bank tempatan yang boleh membantu pelajar lepasan universiti untuk memiliki kenderaan?

 

Relevan menghuraikan tips untuk memiliki kereta pertama bagi graduan baharu bersama Pegawai Sokongan Jualan di Bank Islam, Nurul Hazira Azman.

 

Apa itu skim graduan baharu?

  • Skim graduan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama.
  • Berbeza dengan pinjaman biasa, skim graduan baharu ini tidak menghendaki anda untuk mempunyai penjamin.
  • Pinjaman biasa memerlukan pemohon memiliki sekurang-kurangnya satu komitmen hutang. Misalnya kad kredit untuk bank menilai trend dan tabiat pembayaran anda. Namun, dengan skim ini pemohon tidak perlu mempunyai apa-apa komitmen.

 

 

Apakah syarat untuk memohon di bawah skim graduan baharu?

  • Setiap bank mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Tetapi secara umumnya, jika anda berumur 20 hingga 30 tahun dan bekerja kurang daripada setahun, anda sudah layak memohon skim graduan. 
  • Anda perlu sekurang-kurangnya tamat pelajar pada peringkat diploma daripada pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diperakui. Pastikan anda sudah tamat pengajian dengan rasmi supaya fakulti atau pihak universiti boleh mengeluarkan surat tamat pengajian.
  • Tidak pernah memiliki kereta sendiri. Jika sebelum ini sudah pernah memiliki kereta sendiri, anda tidak layak untuk memohon skim graduan baharu yang ditawarkan oleh mana-mana bank.
  • Mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM1,800 ke atas.
  • Tidak mempunyai masalah tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sekiranya masih mempunyai tunggakan PTPTN, langsaikan segala tunggakan 
  • baru layak untuk memohon skim graduan baharu.

 

Apakah dokumen yang diperlukan?

  • Wajib menyediakan salinan Kad Pengenalan.
  • Wajib melampirkan salinan Lesen Memandu, sekurang-kurangnya Lesen P.
  • Wajib mempunyai transkrip mini atau surat tamat pengajian.
  • Jika sudah menerima gaji pertama, serahkan salinan slip gaji bersama dokumen wajib yang lain.
  • Jika mempunyai kad pekerja atau kad perubatan kerja, lampirkan bersama salinan kad tersebut.
  • Buat para siswazah yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan ingin memiliki kereta pertama, gunakan peluang dan bantuan yang disediakan oleh bank-bank yang menawarkan skim ini.

 

 

Segala perkongsian di atas adalah sebagai panduan sahaja dan ia bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak perbankan.

 

 

Utusan