Skoda Enyaq Coupe iV, versi RS dapat motor elektrik berkembar, 295 hp/460 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Eropah, Skoda baharu sahaja melancarkan model baharu berupa sebuah SUV coupe Enyaq iV, diikuti dengan versi yang lebih sporti Enyaq Coupe iV RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV berkuasa elektrik ini ditawarkan dalam tiga varian yang berbeza, namun kesemua varian mampu menawarkan angka pekali seretan 0.234 disebabkan oleh garis bumbung yang lebih rendah.
 

iV


Varian terendah Enyaq Coupe iV 80 didatangkan dengan motor elektrik pacuan roda belakang (201 hp) dan pek bateri 82 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 545 km berdasarkan data WLTP.

Sementara Enyaq Coupe iV 80x pula didatangkan dengan motor elektrik berkembar dengan kuasa 261 hp dan sistem pacuan semua roda.
 

EV


Versi lebih sporti Enyaq Coupe iV RS pula tampil dengan konfigurasi yang sama, namun dengan output yang lebih tinggi, 295 hp dan 460 Nm yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat dan kelajuan tertinggi 179 km/j.

Selain daripada unit pacuan yang lebih berkuasa, Skoda turut menala kembali sistem suspensi dan casis, di mana ia kini lebih rendah 15 mm di depan dan 10 mm di belakang.

Kesemua varian didatangkan dengan ciri bumbung kaca panoramik yang sungguh besar, dan mampu menawarkan ruang kepala yang lebih luas kepada para penumpang.
 

EV


Skoda turut menggunakan bahan kitar semula untuk upholsteri, sementara versi RS pula dilengkapi dengan tempat duduk sports balutan kulit berliang, diikuti kemasan ala kulit pada papan pemuka dan trim ala gentian karbon.

Skrin paparan pula terdiri daripada kluster instrumen 5.3 inci, serta skrin tengah 13 inci.

Ruang kargo pula adalah sebesar 570 liter, sedikit kecil jika dibandingkan dengan Enyaq versi standard sebesar 585 liter.

 


Setakat ini, tiada sebarang butiran berhubung harga jualan didedahkan oleh Skoda.