Skoda Roadiaq - SUV camper binaan one-off oleh pelajar Skoda Academy

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan 29 orang pelajar dari sekolah vokasional Skoda baru-baru ini memperlihatkan hasil projek mereka mengubah SUV Enyaq menjadi sebuah SUV camper.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih daripada 2,000 jam dan kira-kira 9 bulan tempoh masa yang diperuntukkan untuk para pelajar Skoda Academy menyiapkan modifikasi terhadap SUV Enyaq 80x Sportline untuk menjadi sebuah Skoda Roadiaq yang sempurna, lengkap dengan layangan warna dua tona (Emerald Green/Moon White) dan rim Supernova bersaiz 21 inci.
 

Skoda


Dengan penambahan struktur pada bahagian atas bumbung, dimensi Skoda Rodiaq kini setinggi lebih dua meter (2,050 mm), jarak antara roda sedikit panjang (2,770 mm), namun masih lagi mengekalkan ukuran panjang dan lebar yang asal (4,649 mm panjang, 1,879 mm lebar).

Struktur tambahan itu membolehkan penumpang mendapat ruang kepala yang lebih besar, dan ini bermakna struktur bumbung asal Enyaq terpaksa dipotong.
 

Skoda


Untuk lebih privasi, pemegang pintu pada sebelah kiri belakang telah dibuang bagi membolehkan penumpang tidur dengan aman tanpa sebarang gangguan luar.

Terdapat juga soket di bahagian luar yang membolehkan anda menghubungkan panel solar untuk kegunaan perkakasan di dalam ruang kabin tanpa mengganggu sumber kuasa asal kereta elektrik ini.
 

Skoda


Masuk ke dalam ruang kabin belakang, anda akan mendapati Skoda Roadiaq mampu memuatkan katil tunggal, kelengkapan memasak, pembesar suara tanpa wayar, serta kelengkapan pejabat mudah alih termasuklah skrin bersaiz 27 inci, serta kombinasi tetikus dan papan kekunci tanpa wayar.

Susun atur pada bahagian papan pemuka masih lagi sama macam model Enyaq, cuma terdapat tempat pemegang tablet khas yang dipasang pada tempat duduk penumpang hadapan.
 

tablet


Buat masa ini, Skoda Roadiaq akan kekal menjadi sebuah model binaan sekali (one-off) sama seperti lapan model Skoda yang pernah diperlihatkan sebelum ini.