Skrin sentuh infotainmen Jaguar Land Rover tidak perlu sentuhan, lebih mesra norma baharu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada ciri-ciri yang mendatangkan keselesaan dan menjamin keselamatan pemandu dan penumpang seperti sistem pengionan udara kabin dengan penapis PM2.5, sistem pemantauan keadaan pemandu dan ciri pembatalan bunyi enjin, Jaguar Land Rover sedang menguji sebuah lagi teknologi inovatif untuk disesuaikan dengan norma baharu yang dihadapi oleh masyarakat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kerjasama University of Cambridge, Jaguar Land Rover sedang membangunkan teknologi skrin sentuh tanpa sentuhan yang dikenali sebagai sentuhan ramalan (predictive touch) dengan bantuan penderia dan kepintaran buatan (AI).

Menurut Jaguar Land Rover, sistem ini akan menggunakan bantuan kepintaran buatan dan penderia untuk meneka fungsi yang akan digunakan oleh pemandu tanpa memerlukan sentuhan terhadap skrin.

Ini sekaligus mengurangkan sentuhan yang tidak diperlukan, mengelakkan penularan bakteria dan virus, serta memastikan tumpuan mata pemandu kekal di jalan raya tanpa sebarang gangguan.

Teknologi ini juga turut merangkumi pengesan gerak isyarat (gesture tracker) yang menggunakan penderia berasaskan penglihatan (seperti pengesan pergerakan mata) atau frekuensi radio untuk menggabungkan informasi berbentuk konteks seperti profil pengguna, rekaan antaramuka dan sebagainya.

Ada baiknya teknologi sebegini diperluaskan kepada perkhidmatan yang kerap memerlukan sentuhan, seperti contoh pam minyak atau mesin ATM.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…