Skru pintar Fraunhofer mampu hantar isyarat amaran apabila mula longgar

oleh Mohamad Hanif|
Kegagalan struktur hanya disebabkan oleh skru yang longgar mampu mengakibatkan kesan yang amat teruk, terutama bagi struktur seperti jambatan dan juga turbin angin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk mengelakkan masalah yang lebih besar terjadi, para saintis di Fraunhofer Cluster of Excellence Cognitive Internet Technologies mula membangunkan skru pintar yang berkeupayaan menghantar isyarat amaran apabila ia mula longgar.

Sistem ini terdiri daripada komponen skru dan sesendal di mana komponen sesendal itu menampilkan penderia tekanan yang diperbuat daripada filem piezoresistive nipis digelar sebagai DiaForce.

Apabila skru mula diketatkan, filem itu tadi akan mendaftarkan daya pra-muatan pada tiga lokasi yang berbeza.
 

skru


Sekiranya skru mula longgar, terdapat perubahan tekanan yang akan dialami oleh sesendal, sekaligus mengakibatkan perubahan rintangan elektrik di dalam filem itu tadi.

Perubahan rintangan itu tadi akan dikesan oleh modul radio yang terpasang pada kepala skru, seterusnya menghantar isyarat amaran kepada stesen kawalan terdekat, atau boleh disemak menerusi portal Smart Screw Connection dalam talian.

Setakat ini, skru yang tersedia cuma dalam saiz M18, namun ia juga boleh didapati dalam saiz M20 dan M36 dalam masa terdekat.

Sumber: New Atlas