Skuter elektrik Yamaha E01 buat kemunculan di acara Yamaha Gen Blu

oleh Mohamad Hanif|
​Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperlihatkan buat kali pertama skuter elektrik Yamaha E01 bertempat di Karnival Yamaha GenBlu di Lumut, Perak.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter elektrik ini diperkenalkan di peringkat global pada Januari yang lalu, dan pihak Yamaha Motor Co., Ltd. pada 17 Mac mengesahkan skuter elektrik E01 akan diperkenalkan secara berperingkat di Eropah, Indonesia, Jepun, Taiwan, Thailand dan Malaysia!
 

E01


Skuter elektrik tersebut dibangunkan menggunakan platform Yamaha NMAX di bawah konsep “Plugged Yamaha to new era” di mana ia menawarkan praktikaliti seperti sebuah skuter berkapasiti enjin 125cc.

Di bahagian depan menempatkan sepasang lampu utama, unit lampu DRL LED yang nipis, diikuti dengan slot pengecasan pada bahagian dada skuter itu.
 

E01


E01 dilengkapi rim aloi bersaiz 13 inci yang dibalut oleh tayar 110/70/13 dengan sistem brek ABS dua saluran pada roda hadapan dan belakang.

Menurut Yamaha, E01 boleh dicas dengan menggunakan cara berikut:

  •     wallbox AC - enam jam
  •     pengecasan pantas DC - satu jam
  •     pengecas mudah alih - 15 jam
     
E01


Pek bateri berkapasiti 4.9 kWh pula membenarkan jarak gerak sehingga 80 km untuk sekali cas penuh.

Terdapat tiga mod tunggangan yang ditawarkan iaitu Eco (65 km/j), Normal (100 km/j) dan Power (105 km/j).
 

E01


Skuter moden ini juga dilengkapi dengan ciri eSIM 3G/LTE serta GPS yang boleh digunakan untuk merekodkan perjalanan, dibantu dengan sistem kekunci pintar.

Setakat ini, pihak HLYM belum mengumumkan bilakah skuter elektrik E01 ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasmi.

Difahamkan, skuter bersaiz NMAX ini bakal memiliki tanda harga sebuah Yamaha XMAX, sekitar RM25,000.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…