Skuter Honda Vario 150 dengan grafik baharu - harga dari RM7,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengemaskini penawaran skuter Vario 150 dengan menampilkan tiga layangan warna baharu serta corak grafik yang futuristik, di samping liveri Repsol yang sangat terkenal itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga warna yang dimaksudkan adalah Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black, Sword Silver Metallic, dan digandingkan dengan corak grafik heksagon yang lebih menarik perhatian.

Dari segi spesifikasi, Honda Vario 150 masih kekal dengan nadi 150 cc silinder tunggal sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 13.1 PS dan daya kilas 13.4 Nm, serta teknologi eSP (Enhanced Smart Power) dan Sistem Henti Melahu (Idling Stop System, ISS) yang meningkatkan kadar kecekapan penggunaan bahan api.

 


Ciri lain seperti lampu utama berkembar LED, lampu belakang LED, paparan meter digital, sistem kunci pintar, roda sport 14 inci serta ruang simpanan sebesar 18 liter di bawah tempat duduk.

Tidak dilupakan, ciri brek gabungan CBS (Combi Brake System) yang membantu pengimbangan daya brek untuk roda hadapan dan belakang untuk pemberhentian yang lebih optimum.

Harga jualan Honda Vario 150 bermula dari RM7,499 untuk tiga warna standard, manakala versi Repsol pula bermula dari RM7,699.