Skuter WMoto RT3S - kini dengan skrin digital TFT, dari RM17,888

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike telah memperkenalkan WMoto RT3S, iaitu versi penambahbaikan terhadap skuter WMoto RT3 yang telah dilancarkan pada Mac tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk penawaran terbaharu ini, WMoto RT3S kini menampilkan skrin paparan digital TFT dengan tiga pilihan antaramuka pengguna (UI), paparan mod siang dan malam, serta boleh berubah mengikut keamatan cahaya persekitaran semasa.
 

Wmoto


Selain daripada itu, ia juga turut membawakan ciri peringatan servis menerusi paparan simbol spanar, serta dibekalkan dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Dari segi spesifikasi, ia masih lagi mengekalkan ciri yang ada pada WMoto RT3 yang terdahulu, enjin silinder tunggal 247 hp berkuasa 23 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 22.5 Nm @ 6,500 rpm, suntikan bahan api elektronik, dipadankan dengan transmisi CVT.
 

Wmoto


Sistem suspensi menggunakan fork hadapan teleskopik, dibantu dengan penyerap hentakan berkembar di bahagian belakang.

Sementara sistem brek pula terdiri daripada brek cakera depan dan belakang yang dibantu dengan ciri ABS dua saluran.

Ia membawakan tangki bahan api sebesar 17 liter, sementara ketinggian tempat duduk pula adalah sekitar 755 mm.
 

WMoto


Sebagai makluman, skuter ini turut menerima penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP).

Harga jualan bermula dari RM17,888 dan boleh didapati dalam warna Union Red, Youth Grey atau Justice Blue.