Skuter/basikal elektrik bakal wajib didaftar dengan JPJ

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan mikromobiliti seperti skuter atau basikal elektrik yang mampu mencapai kelajuan maksimum 50 kmsj kemungkinan besar akan perlu didaftarkan dengan JPJ.

Ini berkaitan dengan perubahan akta yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan bakal dibentangkan di Dewan Negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika kenderaan mikromobiliti wajib didaftarkan, ia mungkin akan memastikan penggunanya mempunyai lesen yang sesuai dengan kenderaan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong turut memberikan fokus yang sama di dalam ciapan Facebook peribadi beliau yang memaparkan sebuah "unicycle" elektrik digunakan di atas lebuhraya awam.

Tindakan ini sama seperti yang dilakukan oleh Singapura kerana masalah pengguna yang tidak berdisiplin dan juga ada mesin-mesin mikromobiliti ini yang dimodifikasi untuk ditambah kelajuannya.

Penulis teringat isu dron yang diterbangkan di kawasan lapangan terbang dahulu, di mana kita ada "expert" yang mahu menunjukkan kebolehan mereka.

Kali ini, sikap berani sesetengah pengguna telah mempercepatkan lagi proses perubahan undang-undang pengangkutan negara agar lebih sesuai dengan perkembangan teknologi. 

Bagus juga kerana dalam kenderaan yang berdaftar mempunyai insurans yang lengkap untuk sebarang tuntutan. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…