Untuk pasaran Malaysia, smart Malaysia tawarkan tiga pilihan varian, iaitu Pro, Premium dan varian prestasi iaitu Brabus.
smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.
Hal ini, menjadi bukti kepada kualiti reka bentuk yang luar biasa, sporty dan inovasi yang canggih direka oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.
Jelas dilihat, reka bentuk bahagian hadapan menampilkan lampu hadapan LED yang digelar sebagai CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif yang dipadankan dengan grill hadapan yang minimalis dan moden.
Tambahan keseluruhan bahagian menampilkan reka bentuk yang lebih minimalis mengambarkan suatu kenderaan futuristik dan mungkin boleh jadi suatu reka bentuk yang timeless?
Sedikit perbezaan untuk varian Brabus, ia diberi sentuhan istimewa dari segi reka bentuk yang tamppil lebih sporty, dan lebih pengayaan untuk lebih prestasi terutama aliran udara untuk peningkatan dari segi aerodinamik.
Selain itu, ia menampilkan spoiler belakang yang aerodinamik, beberapa bahagian dengan emblem ‘BRABUS’ dan sport rim bersaiz 20 inci berbeza dengan Pro dan Premium iaitu bersaiz 19 inci.
Untuk bahagian dalaman, turut terdapat perbezaan antaranya, iaitu varian Pro menampilkan hanya satu warna sahaja, Premium menampilkan duo warna dan Brabus menampilkan sentuhan jahitan warna merah.
Untuk bahagian tempat duduk, smart #3 tampilkan kerusi balutan kulit duo warna bagi premium dan untuk Brabus mendapat keistimewaan dengan kerusi jenis ventilated microfibers suede berserta logo Brabus 'B'.
Persamaan yang dapat dilihat adalah, bumbung halo panoramic, susunan infotaimen bersaiz 12.3 inci yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto dan kluster meter bersaiz 9.2 inci untuk paparan pemandu.
Dari segi teknikal dan prestasi, smart menawarkan seperti berikut;
smart #3 Brabus (RM255,000)
- Pek bateri 66kwj
- Pacuan semua roda (AWD)
- 442hp dan 543Nm tork
- Jarak gerak 415km WLTP
smart #3 Premium (RM215,000)
- Pek bateri 66kwj
- satu motor belakang
- Pacuan roda belakang (RWD)
- 268hp dan 343Nm tork
- Jarak gerak 445km WLTP
smart #3 Pro (RM175,000)
- Pek bateri 49kwj
- satu motor belakang
- Pacuan roda belakang (RWD)
- 268hp dan 543Nm tork
- Jarak gerak 325km WLTP
Untuk smart #3 varian Pro dan Premium mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 5.8 saat, yang lebih menarik, pada varian Brabus, terdapat mode digelar ‘Rocket Launch’ yang beri pecutan 0-100km/j hanya dalam 3.7 saat.
smart #3 menawarkan pengecas AC 22kW yang mampu mengecas bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa kurang dari tiga jam dan pengecasan DC 150kW hanya kurang 30 minit.
Tambahan juga, port pengecasan smart #3 digabungkan dengan ciri Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan pengguna mengecas barangan elektrik semasa melakukan aktivit luar.
smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.
Untuk mengabungkan ciri futuristik pada reka bentuk, smart #3 ditawarkan dengan variasi warna luaran sehingga 12 pilihan warna yang beri keistimewaan pada setiap varian.
Sempena pelancaran, smart Malaysia tawarkan pakej menarik untuk pembeli, seperti berikut;
- Pengecasan rumah smartCharge 22kW bernilai RM3,200
- Pakej aksesori bernilai RM2,500
- V2L adaptor bernilai RM800
- Data internet 60GB selama 5 tahun
- Pakej Waranti Standard
Waranti untuk smart #3 ini adalah seperti berikut;
- Waranti Bateri selama lapan tahun atau 200,000km
- waranti komponen selama lapan tahun atau 150,000km
- Empat tahun waranti kenderaan tanpa had perbatuan
- Dua tahun waranti barangan ganti tanpa had perbatuan
- 24/7 servis bantuan