smart Concept #1 akan dikenali sebagai Smart #1

oleh Mohamad Hanif|
Crossover elektrik konsep Smart, smart Concept #1 akan dikenali sebagai #1 sahaja untuk versi produksi kelak.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Dihasilkan menerusi kolaborasi bersama pasukan rekaan global Mercedes-Benz, smart #1 dilihat bakal menjadi sebuah trendsetter di kalangan golongan muda.

Menurut naib presiden jualan, pemasaran dan khidmat selepas jualan global smart, Daniel Lescow berkata, "sebagai sebuah produk pertama yang dilancarkan selepas penjenamaan semula, smart #1 dilihat menggandingkan teknologi pemanduan elektrik dan kualiti premium dengan sempurna.
 

smart


"Saya percaya smart #1 bakal menetapkan tren baharu di dalam mobiliti urban, dan mencipta pengalaman jenama yang kuat di mana jua.

smart #1 dilaporkan mempunyai nilai pekali seretan serendah 0.29 sahaja, terima kasih kepada rekaan pemegang pintu yang tertanam, rekaan gril yang tertutup, serta bentuk badan yang aerodinamik.

Malah, smart juga turut mempelajari segala masalah yang muncul menerusi berita-berita terkini, dan hasilnya, mereka hadir dengan penyelesaian yang mampu menjadikan smart #1 sebagai model yang penuh dengan ciri-ciri pintar dan berguna.
 

smart


Seperti contoh, pemegang pintu tertanam yang datang dengan ciri 'pemecah ais' bagi membolehkan pintu dibuka biarpun diselaputi lapisan ais ketika musim sejuk, dan unit bateri yang didatangkan dengan tetapan pra-pemanasan bagi memastikan tahap kecekapan  yang optimum.

smart #1 turut disokong dengan sistem ESP oleh Bosch yang mampu memastikan keselesaan pemanduan, kestabilan pengendalian dan prestasi brek yang cekap terutama ketika cuaca semakin buruk.

smart dijangka akan melancarkan #1 pada tahun ini, dan selain daripada pasaran China dan Eropah, jenama ini juga dijangka akan muncul di Malaysia menerusi wakil pengimport dan pengedar Proton Edar.

Baca: Proton Edar dilantik sebagai pengedar jenama EV smart

Berita Berkenaan

Berita Global
Seramai 75 orang anggota SMART bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk operasi SAR…
Berita Global
Sama seperti smart #1, smart #3 merupakan projek kerjama antara Mercedes-Benz dan Geely dengan…
Berita Domestik
Anak syarikat milik penuh Proton ini akan menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan smart, serta…