Selain daripada pengenalan semula model Smart ForTwo dan Smart ForFour versi elektrik yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini, Smart juga diberitakan mahu menghasilkan SUV elektrik menjelang tahun 2022.
Pengenalan ini merupakan sebahagian daripada perancangan Smart untuk meningkatkan lagi kadar penjualan kenderaan, disebabkan Smart pada ketika ini tidak memiliki volum yang mencukupi untuk kekal kompetitif di dalam pasaran.
Bersama-sama dengan model SUV elektrik, Smart ForTwo dan Smart ForFour berkemungkinan dibangunkan atas platform yang serupa yang akan dipasang di China sebelum dieksport ke pasaran global.
Menurut Markus Schafer, ketua unit R&D Mercedes berkata, "dengan bekerja bersama Geely, kami kini mempunyai akses kepada skala yang lebih besar, kepakaran Geely serta teknologi Volvo sedia ada.
Tambah beliau lagi, "kami kini mempunyai jenama, kejuruteraan dan kuasa rekaan dan ia merupakan satu permulaan yang sangat baik. Dari segi produk, tunggu sahaja perkembangannya."
Sumber: Autocar