smart Malaysia lancarkan ‘smart Ri-Ya’, tawaran eksklusif hujung minggu

oleh Firdaus Razani|
Sempena Syawal yang bakal tiba, smart Malaysia melancarkan Kempen ‘smart Ri-Ya’ yang akan berlangsung dari sekarang hingga 30 April 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli model smart #1 – BRABUS, Premium, atau Pro yang baru.

 

smart

 

Tawaran ‘smart Ri-Ya’ menawarkan faedah eksklusif untuk pembeli baharu smart #1.

Pelanggan turut dapat menikmati tawaran istimewa, termasuk kadar faedah rendah dan pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 dengan jaminan 2-Tahun sehingga 30 April 2024.

Selain itu, pembeli juga akan mendapatkan kredit pengecasan bernilai RM3,888 dengan pembelian mana-mana varian smart #1.

Oleh itu, pelanggan boleh berkunjung ke pusat cawangan pengedaran smart terpilih untuk menemui keselesaan, kemudahan, dan kelestarian dengan smart #1 sepanjang hujung minggu sempena Ramadhan dari 15 sehingga 24 Mac 2024.

 

smart

 

Tambahan itu, smart Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan selebriti, Fizo Omar bagi memulakan misi untuk mempamerkan masa depan mobiliti moden.

Fizo akan berkongsi pengalaman harian dengan smart #1 yang mencerminkan kemudahan dan inovasi kenderaan elektrik (EV).

Sepanjang kempen ini, Fizo Omar akan membawa pengikutnya menempuh perjalanan melalui kehidupan sehariannya menempuh pelbagai senario dengan smart #1.

Beliau akan menegaskan integrasi teknologi EV ke dalam gaya hidupnya dari menavigasi di jalan-jalan bandar sehingga meneroka suasana meriah di Bazar Ramadhan.

Salah satu acara puncak perjalanan Fizo ialah pulang ke kampung halamannya bersama keluarganya, dan memperlihatkan keselesaan, keselamatan, dan keandalan smart #1 untuk perjalanan seisi keluarga.

Sepanjang perjalanan, Fizo akan berkongsi petua berharga mengenai pemanduan yang selamat dan berhemat, memberi kuasa kepada penontonnya untuk membuat pilihan yang bertanggungjawab di jalan raya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…
Berita Domestik
Oleh kerana itu, smart Malaysia berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa apabila sebanyak 200 unit…