SMRT bakal memiliki fleet teksi elektrik dalam tempoh lima tahun

oleh Mohamad Hanif|
SMRT selaku syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan awam di Singapura merancang untuk menukar barisan teksi sedia ada kepada teksi elektrik 100 peratus dalam tempoh lima tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Straits Times, kumpulan pertama yang terdiri dariapda 300 buah teksi elektrik itu akan mendarat di negara tersebut bermula Julai ini, terdiri daripada sedan, station wagon dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut data daripada Land Transport Authority pada Februari lalu, SMRT kini mempunyai 1,796 unit teksi yang terdiri daripada kenderaan hibrid sepenuhnya.  

Peralihan SMRT kepada teksi yang lebih bersih sudah pun bermula sejak tahun 2013 lagi dengan unit awalan 600 buah Toyota Prius Hybrid ditambah ke dalam fleet.

Menurut presiden SMRT Road Holdings, Tan Kian Heong berkata, "selari dengan Green Plan yang dijalankan oleh Singapura, kami amat teruja untuk menjadi penyedia pertama yang menawarkan pengangkutan dari titik-ke-titik yang terdiri daripada teksi elektrik pada skala yang lebih besar.

Isnin lalu, syarikat yang dimiliki oleh SMRT, Strides Transportation telah menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pengeluar motosikal elektrik EuroSports Technologies, di mana Strides bakal menjadi pengedar tunggal motosikal elektrik komersial di Singapura dan rantau Asia Pasifik.

Motosikal dua dan tiga roda ini disasarkan untuk kegunaan penghantaran makanan serta aplikasi logistik.

Sumber: Straits Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Oleh sebab itu, Grab baru-baru ini melancarkan perkhidmatan khusus untuk golongan pengguna kerusi…