SMTrack beli 'kereta terbang' EHang 216 bernilai AS$2.5 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pakar penyelesaian Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), SMTrack Bhd, memeterai perjanjian jual beli kenderaan udara autonomi berpenumpang (AAV) dengan Strong Rich Holding Ltd untuk membeli AAV EHang 216 (EH216) bernilai AS$2.5 juta.


EH216, yang mempunyai nombor siri pembuatan EH22000016, dibeli bersama-sama dengan semua bahagian yang dipasang, termasuk unit kuasa, kipas dan gear pendaratan, avionik utama, dalaman kabin, dan roda, dipasang, atau disambung pada AAV, kata syarikat itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Rasional pengambilalihan itu adalah untuk mewujudkan integrasi perniagaan dengan Strong Rich bagi meningkatkan hasil SMTrack," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

 

SMTrack berkata, pengambilalihan itu akan dibiayai melalui hasil yang dikumpul daripada terbitan nota boleh tukar boleh tebus dan tawaran saham persendirian.

 

Pengambilalihan itu tidak akan memberi sebarang kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan kadar hutang SMTrack bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Disember 2021, namun dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatannya pada masa depan, kata syarikat tersebut.

 

 

-BERNAMA