Soalan lazim berkenaan pad brek yang perlu anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Bagaimana Cara untuk memeriksa kondisi pad brek?

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat bagi memastikan pad brek kenderaan anda sudah sampai masa untuk digantikan.

Sekiranya pad brek sudah tidak lagi dirasakan mampu mencengkam, terdapat kemungkinan sistem brek tidak lagi 'berfungsi' seperti sedia kala.

Satu lagi indikasi adalah bunyi berdesing yang timbul ketika fasa membrek akibat sentuhan antara plet sokongan logam dengan rotor atau cakera brek.

Anda juga mungkin merasakan gegaran ketika fasa memberhentikan kenderaan.

Situasi di atas merupakan petanda bahawa kondisi pad brek anda semakin merosot.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menentukan keadaan pad brek tanpa perlu menanggalkan tayar dengan hanya melihat ke dalam angkup brek dan mengukur sendiri tahap kelusuhan pad brek.

Namun, dengan inovasi terkini Bendix yang digelar sebagai Brake Wear Indicator, anda hanya perlu memeriksa jejak yang dicetak pada tepi pad yang bertanda 'REPLACE'.

Ini memberikan anda indikasi jelas tentang jangka hayat pad brek yang masih tinggal.


2. Terdapat banyak jenis pad brek dengan bahan binaan serta julat harga yang berbeza. Apakah sebab di sebalik itu dan adakah ia mampu memberikan perbezaan terhadap pemanduan?


Ya, terdapat perbezaan yang ketara bukan sahaja terhadap kereta, malah pengalaman pembrekan secara keseluruhannya.

Ini adalah sebab penting kepada anda perlu memadankan keperluan pemanduan dan kereta dengan formulasi brek yang tepat.

Terdapat tiga jenis utama bahan geseran yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan pad brek iaitu Non Asbestos Organic (NAO), Semi Metallic (Semi-Met) dan Low Metallic (Low-Met), dan setiap bahan yang digunakan dikhususkan untuk situasi pemanduan yang berbeza.

Formulasi NAO atau lebih dikenali dengan bahan seramik digunakan di dalam Bendix General CT dan Bendix 4WD/SUV.

Pad brek seramik kurang menghasilkan bunyi bising, habuk serta kelusuhan terhadap rotor dan dalam masa yang sama memberikan perasaan pedal yang konsisten.

Bendix General CT amat sesuai untuk digunakan pada kenderaan kecil sehinggalah saiz sederhana untuk tujuan pemanduan di dalam bandar serta trafik mula-berhenti.

Sementara Bendix 4WD/SUV pula dibangunkan khusus untuk kenderaan pacuan empat roda dan SUV.

Kenderaan yang dikhususkan untuk kerja-kerja berat seperti trak pikap, van dan kereta yang melakukan penundaan atau sedan bersaiz sederhana dan besar memerlukan pad brek yang mampu menahan pemudaran brek (brake fade), tahan lama dan kekal senyap.

Pad brek semi-metallic seperti rangkaian Bendix Metal King pula sememangnya dikhususkan untuk penggunaan kenderaan di atas.

Bahan binaannya terdiri daripada keluli dan besi yang direka khas berserat yang mampu membenarkan gas terbentuk ketika proses pembuatan dibebaskan, sekaligus meningkatkan tahap integriti struktur pad brek tersebut.

Akhir sekali, pad brek Low-Metallic yang disesuaikan untuk pemanduan berkelajuan tinggi dan berprestasi, di mana bahan binaannya terdiri daripada kandungan mineral kasar yang tinggi untuk memberikan kadar pemberhentian yang tinggi.

Bendix Ultimate dibangunkan dengan kandungan bahan sedemikian yang mampu membenarkan kuasa pemberhentian yang tinggi serta jarak berhenti yang lebih pendek.

Bendix Ultimate juga tahan kepada pemudaran brek pada suhu yang tinggi, memberikan perasaan pedal brek yang konsisten selepas pusingan panas.

Bendix Ultimate disyorkan kepada kenderaan berprestasi tinggi yang kerap dipandu pada kelajuan tinggi atau pemanduan litar, di mana prestasi brek berada di tahap yang paling penting.

 

3. Terdapat beberapa kenderaan yang menghasilkan jumlah habuk brek yang banyak, apakah sebab di sebalik keadaan ini?


Habuk brek merupakan produk sampingan yang biasa dihasilkan (dan tidak dapat dielakkan) menerusi proses membrek.
Ini kerana, habuk brek terdiri daripada zarah besi dan ia disebabkan proses lelasan rotor cakera besi tuang oleh pad brek.

Habuk ini juga turut mengandungi elemen metalik serta sisa karbon yang hadir daripada pad brek itu sendiri.

Sememangnya ia bukanlah satu perkara yang sedap dipandang, namun secara umumnya habuk brek tidak mendatangkan kesan negatif kepada prestasi brek.

Namun jika kehadiran habuk brek menjadi perhatian anda, pad brek NAO/Ceramic seperti Bendix General CT merupakan pilihan yang ideal.

Pad brek Semi Metallic & Low Metallic seperti Bendix Metal King dan Bendix Ultimate cenderung untuk menghasilkan lebih habuk brek, namun tahap pemberhentian pad brek ini adalah tidak terkalahkan.

Jika anda perasan, kebanyakan kenderaan Continental didapati menghasilkan habuk brek di dalam rim kereta, ini kerana kereta tersebut menggunakan pad brek jenis Low-Metallic.

Melihatkan kepada berat kereta-kereta Continental, ia memerlukan sekurang-kurangnya pad brek Semi Metallic atau Low Metallic untuk menjana kuasa pemberhentian yang cukup untuk menghentikan kereta.

Disebabkan inilah, pakar brek Bendix tidak pernah cukup menekankan kepentingan menggunakan pad brek yang bersesuaian.
 

4. Berapa lama/kerap perlu kita menggantikan pad brek?


Kadar kehausan pad brek bergantung kepada pelbagai pemboleh ubah, bermula dari pemilihan pad brek, cara pemanduan sehinggalah kepada kondisi rotor brek atau sekiranya pad brek anda bekerja seperti sepatutnya.

Secara purata, satu set pad brek mampu bertahan antara 40,000 km sehingga 60,000 km, namun terdapat sesetengah kes di mana pad brek mampu bertahan lebih daripada 80,000 km.

Pilihlah pad brek Semi Metallic seperti Bendix Metal King jika anda mahu memanjangkan selang masa servis pad brek anda, kerana ia secara amnya mampu memberikan jangka hayat yang lebih lama berbanding pad NAO atau Low Metallic.
 

5. Bagaimana cara untuk menentukan jenis pad brek yang harus saya pilih?


Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih pad brek bersesuaian untuk kenderaan anda seperti model kereta (saiz/berat), stail pemanduan (normal/pantas), jalan yang biasa ditempuh (bandar/off-road/jalan curam atau berliku dan sebagainya).

Untuk memudahkan pencarian anda berkenaan Garis Panduan Pemilihan Pad Brek Bendix, sila layari https://campaigns.bendix.com.my/en/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata FAQ itu akan dikeluarkan…