SOCAR tawarkan #MORETHANJUSTACAR dengan sumbangan RM10,000 kepada petugas barisan hadapan

oleh SALINA JALIL|
SOCAR Malaysia telah menyumbangkan RM10,000 kepada tabung kelab Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, yang bertujuan memberikan bantuan kebajikan sosial dan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan untuk para ahlinya.



“SOCAR Malaysia sebelum ini telah berpeluang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keselamatan untuk semua pengguna SOCAR di dalam platform berkenaan, dan kami sedar bahawa demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia setiap masa, PDRM sanggup memikul tanggungjawab besar sehingga membahayakan keselamatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Semasa pandemik ini, semua rakyat Malaysia telah melihat usaha gigih PDRM, dan ada di antara anggota dan pegawainya yang telah mengorbankan keselamatan diri demi usaha menjaga ketenteraman dan keamanan. 

 

Di SOCAR, kami sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan kepada pihak polis, dan sebagai sebuah syarikat, kami yakin bahawa kepercayaan dan keselamatan adalah antara tonggak utama dalam memperkasakan ekonomi perkongsian. 

 

Menerusi sumbangan ini, kami mahu turut serta dalam mengiktiraf jasa besar pihak polis kepada rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOCAR dan TREVO Malaysia, Leon Foong.

 

Tabung kelab berkenaan diperuntukkan untuk tujuan kebajikan ahli JSPT Bukit Aman, termasuklah sumbangan untuk para anggota dan ahli keluarga terdekat mereka yang menerima rawatan di hospital atau yang telah meninggal dunia serta aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan acara keraian persaraan dan acara bersama masyarakat.

 

 

Pada 2020, seramai 79 pegawai polis telah menerima bantuan daripada tabung kelab berkenaan yang berjumlah RM47,100. 

 


Untuk tahun 2021, pihak JSPT Bukit Aman berharap untuk terus memberikan bantuan dan pertolongan kepada para ahli serta tanggungan mereka yang memerlukan. 

 


Selain daripada itu, jabatan berkenaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi memberikan sokongan moral untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai polis.

 

“Bagi pihak kelab JSPT Bukit Aman, saya mengucapkan terima kasih kepada SOCAR Malaysia atas sumbangan mereka kepada tabung kelab JSPT ini. 

 


Kami memandang akan pentingnya usaha memastikan bahawa kesejahteraan semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa dipelihara. Sebagai sebahagian daripada tugas harian dan juga inisiatif keterlibatan awam, langkah menjaga hubungan baik dengan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, daripada perniagaan hinggalah kepada rakyat biasa, adalah kunci kejayaan kami. 


Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama yang dapat membantu kami melakukan yang terbaik untuk ahli kelab dan mengukuhkan keupayaan kami untuk berinteraksi dengan masyarakat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Azisman bin Alias selaku Pengerusi Kelab JSPT Bukit Aman.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Setakat Jun 2023, barisan kereta SOCAR berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 15.3 juta km,…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…