SOCAR terima suntikan dana AS$18 juta dari Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Socar Mobility Malaysia (SMM), atau SOCAR berjaya menerima suntikan dana berjumlah AS$18 juta daripada syarikat Korea Selatan Eugene Private Equity Co. Ltd. dan KH Energy Co. Ltd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suntikan modal terbaharu ke atas SOCAR ini meningkatkan jumlah pembiayaan SOCAR kepada AS$40 juta yang bakal memacu perkembangan SOCAR di Asia Tenggara. 

Menurut Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia berkata, ia bakal disalurkan ke arah penambahbaikan teknologi sekaligus mengukuhkan kedudukan SOCAR di Malaysia serta negara-negara lain menjelang suku keempat 2020. 

"Sasaran kami bukan sekadar untuk menjadi penyedia kereta kepada pengguna multiflex, malah kami mahu menawarkan mod perkongsian kenderaan baharu kepada mereka seperti perkhidmatan perjalanan sehala dan SOCAR2U.

"Pengguna juga bakal menyaksikan pembahbaikan terhadap penggunaan aplikasi, pilihan pembayaran, proses pendaftaran serta kelulusan yang lebih pantas untuk pengguna baharu," tambah beliau lagi. 

Setakat ini, perkhidmatan SOCAR boleh didapati di 1,000 lokasi sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Ipoh dengan flit 2,000 unit kenderaan yang terdiri daripada 27 buah model yang berbeza. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Setakat Jun 2023, barisan kereta SOCAR berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 15.3 juta km,…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…