Sony mula uji Vision-S di jalan raya, laluan bersalji di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Sony dalam satu kenyataan sebelum ini enggan dikenali sebagai sebuah pengeluar automotif, syarikat gergasi teknologi dari Jepun itu sudah pun menjalankan ujian terhadap model kereta elektrik Vision-S di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu video yang dimuatnaik di saluran Youtube, Sony memperlihatkan keupayaan sebenar pemanduan Vision-S di atas jalan raya umum, malah ia juga dilihat melalui jalan-jalan yang bersalji di sekitar Eropah.

Vision-S merupakan kejutan yang dibawakan oleh Sony menerusi acara CES 2020 di mana ia dilengkapi dengan apa yang disebutkan oleh Sony sebagai "Safety Cocoon" yang terdiri daripada 33 unit penderia (termasuklah CMOS, LiDAR, ToF).

 


Pada ketika ini, Sony Vision-S berupaya menawarkan sistem bantuan pemandu Tahap Kedua menerusi ciri kawalan pemanduan adaptif, sistem bantuan parkir sendiri, serta penukaran laluan automatik.

Namun, pada masa akan datang, Sony mahu Vision-S mencapai sistem Tahap Keempat yang menawarkan keupayaan swapandu namun dilengkapi dengan roda stereng untuk memudahkan manusia mengawal sekiranya diperlukan.

Selain daripada itu, Vision-S dilengkapi kamera sisi bagi menggantikan peranan cermin sisi, di mana imej akan dipancarkan pada paparan beresolusi tinggi yang terletak pada penghujung skrin digital papan pemuka.

 


Sistem kamera turut digunakan untuk memantau keadaan pemandu, termasuklah 'menangkap' ekspresi muka, pergerakan tangan dan bibir, di mana ia mampu mengesan tahap konsentrasi pemandu ketika sedang memandu, selain mengubah tetapan suhu bergantung kepada kelakuan pemandu itu sendiri.

Sebagai sebuah syarikat yang sememangnya terkenal dengan sistem hiburan yang mengujakan, Vision-S menampilkan sistem audio keliling yang digelar sebagai 360 Reality Audio, di mana setiap tempat duduk mendapat sistem audio yang tersendiri.

 


Setakat ini, Sony masih belum mengesahkan Vision-S bakal memasuki produksi ataupun tidak, namun pertengahan tahun yang lalu, model yang sama diberitakan telah mendarat di Jepun untuk tujuan yang tidak dinyatakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, kerjasama antara kedua-dua syarikat Jepun itu dilihat mampu membentuk…
Berita Global
Sehubungan dengan itu, sebuah syarikat kerjasama baharu (JV) akan dibentuk pada tahun ini, di mana…
Berita Global
Namun, ketika awal pengenalannya, Sony mengesahkan Vision-S Concept hanya akan kekal sebagai model…