SOP Aktiviti Sukan dan Rekreasi Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diumumkan baru-baru ini, terdapat lima negeri yang sudah pun beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara yang berkuatkuasa bermula hari ini (5 Julai).

Negeri yang dimaksudkan itu ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah pelaksaaan Fasa Kedua, beberapa aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan kapasiti pekerja dibenarkan sehingga 80 peratus, namun sektor sosial masih lagi tidak dibenarkan.

Berikutan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengeluarkan SOP terbaharu berhubung aktiviti sukan dan rekreasi untuk negeri-negeri dibawah Pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Berdasarkan SOP terbaharu itu, beberapa aktiviti kini sudah mula dibenarkan seperti berbasikal, papan selaju, serta sukan permotoran. Walau bagaimanapun, kehadiran penonton atau penyokong ke tempat penganjuran masih lagi dilarang buat masa ini.

Pihak KBS juga menyarankan orang ramai untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam, mengambil kira saranan Majlis Keselamatan Negara untuk mengawal pergerakan dan keselamatan masyarakat.
 

esports


Sementara sukan elektronik pula adalah dibenarkan namun terhad dimainkan di kediaman masing-masing sahaja tanpa perkumpulan pemain/peserta/pengadil/ teknikal, manakala penganjuran di studio rakaman, pusat siber dan seumpanya adalah dilarang sama sekali.

Atlet yang mewakili Malaysia dalam acara sukan perlumbaan bermotor perlu memohon secara dalam talian MyTravel Pass (https://mtp.imi.gov.my/) dan perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Senarai penuh Soalan Lazim boleh dirujuk pada pautan PDF di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…