Sorento baharu - ternyata taring lebih tajam

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia Sorento ialah satu SUV besar yang bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Di Malaysia, Sorento generasi pertama dijual dengan enjin diesel dan dengan pengendalian talaan Porsche. Ia memberikan cabaran hebat kepada pesaing-pesaing lain di dalam kategori SUV besar.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Generasi kedua pula lebih tampan dan kualiti binaan jauh lebih baik. Masih ada beribu Sorento generasi kedua menular di jalanraya Malaysia dan dalam keadaan yang sangat baik.

Generasi ketiga melihat ia berubah menjadi sebuah SUV dengan 7-tempat duduk bertaraf premium.

Ia menawarkan kualiti pengendalian yang baik, kabin yang modern dan premium serta enjin turbo-diesel CRDi yang sangat berkuasa tetapi menjimatkan.

 

 

Bakal diganti baharu, gambar intipan Sorento generasi keempat ternyata jauh lebih modern.

Gambaran lakaran komputer yang dihasilkan oleh The Korean Car Blog berdasarkan imej-imej intipan untuk Sorento baharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini untuk pasaran US.

Model 100 peratus baharu (bukan facelift) itu menampilkan bentuk yang serba lain, bermula dari gril Tiger Nose yang berani.

Garisan luaran pada Sorento ini juga jauh lebih agresif dan menampakan ciri-ciri Eropah.

Diharapkan SUV ini akan dipasang di Malaysia sebaik sahaja pelancaran globalnya dilakukan.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Pride EV merupakan projek restomod unik yang dibuat khas bagi meraikan ulang tahun ke-80 Kia.…
Berita Domestik
Pembukaan hab pusat latihan itu berfungsi sebagai ibu pejabat serantau untuk Kia Asia Pasifik,…
Berita Global
Kia Sorento Gravity 2025   Sama seperti Santa Fe, perubahan pada Sorento 2025 tidak melibatkan…