SpareXHub tawar diskaun sehingga 85 peratus alat ganti BMW, MINI & VW 1-14 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 1 hingga 14 September 2021, SpareXHub bakal mengadakan jualan alat ganti tulen dengan diskaun sehingga 85 peratus untuk model-model kenderaan BMW, MINI dan juga Volkswagen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SpareXHub menawarkan pilihan lebih daripada 2,500 alat ganti serta komponen tulen BMW dan MINI, serta 500 komponen untuk kereta Volkswagen, dari sekecil-kecil penapis sehinggalah kepada komponen seperti bampar kereta.

Jualan selama dua minggu ini bakal berlangsung di Aramex PJ, No.12, Jalan Tandang, Seksyen 51 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang untuk hari bekerja, dan 10.00 pagi hingga 1.00 petang untuk hari Sabtu.

Disebabkan pelaksanaan SOP yang ketat, pengunjung hanya dibenarkan berdasarkan temu janji sahaja, dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan Google Form INI.

Informasi lanjut boleh didapati menerusi laman web SpareXHub di https://www.sparexhub.com/, alamat emel [email protected] atau dengan menghubungi talian Whatsapp 018-205 0120.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jualan tersebut akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di gudang DPF Global…
Berita Domestik
Nissan menjadi jenama automotif Jepun yang pertama untuk menyertai platform SpareXHub. Kerjasama…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…