Speaker Bluetooth berbentuk Subaru 360 untuk hiasan meja kerja anda

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat pelbagai bentuk speaker yang mempunyai sambungan Bluetooth di pasaran, daripada bentuk tipikal sebuah speaker sehinggalah kepada bentuk yang sukar untuk diterjemah oleh fikiran waras. 

Namun, bagi mereka yang inginkan speaker dengan bentuk yang unik, Camshop selaku sebuah syarikat Jepun yang memproduksikan gajet kini hadir dengan produk mereka tersendiri, iaitu speaker berbentuk Subaru 360!

Speaker ini menawarkan sambungan nirwayar menerusi ciri Bluetooth atau menerusi kabel bagi peranti yang tidak menyokong sambungan Bluetooth tadi. 
 


Terdapat juga ciri mikrofon terbina dalam bagi memudahkan anda menjawab panggilan ketika sedang menstrim lagu menerusi peranti pintar anda. 

Didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu ivory, biru dan kuning, speaker Bluetooth Subaru 360 ini dijual pada harga ¥5,184 (RM183), namun ia hanya dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja. 
 


Subaru 360 merupakan model kereta dua pintu berenjin belakang yang diproduksikan dari tahun 1958 sehingga tahun 1971 dengan enjin dua silinder dua lejang bersesaran 356 cc. 

Dengan dimensi yang kecil, kereta murah ini dihasilkan sebagai menyambut regulasi kei-car yang diusulkan oleh kerajaan Jepun pada ketika itu bagi membantu populasi Jepun pasca perang Dunia kedua. 

 


Sumber: Camshop

Berita Berkenaan

Berita Global
Siri Sena Quantum dengan Sound By Harman Kardon masih mengekalkan teknologi Mesh Intercom dan juga…