Spesifikasi awal Isuzu D-Max 2021 didedahkan - lebih lengkap berbanding D-Max Thailand!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam siaran media yang dilaporkan beberapa hari yang lalu, Isuzu Malaysia tengah mengesahkan generasi ketiga Isuzu D-Max bakal dilengkapikan dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju (ADAS) tanpa sebarang butiran lanjut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun kini kita boleh menjangkakan posisi yang bakal diduduki oleh Isuzu D-Max 2021 berdasarkan laman web khas yang disediakan oleh Isuzu Malaysia, dan berdasarkan bacaan sekali imbas, Isuzu D-Max kali ini bukan calang-calang trak pikap!

Ini kerana buat pertama kalinya, Isuzu D-Max menampilkan ciri keselamatan aktif seperti amaran pra-pelanggaran hadapan serta brek kecemasan automatik (AEB) yang merupakan ciri standard dimuatkan untuk Isuzu D-Max pasaran UK dan Australia.

Ia juga turut disusuli dengan ciri-ciri menarik seperti Bantuan Membelok (Turn Assist), Mitigasi Salah Aplikasi Pedal, Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Mula Berhenti, Amaran Keluar Laluan, Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Suluhan Tinggi Automatik (AHB), Pengehad Kelajuan Manual (MSL) dan Multi Collision Brake (MCB).

 


Jika dibandingkan dengan spesifikasi Isuzu D-Max negara jiran Thailand yang hanya mendapat enam beg udara sahaja, termasuk pemantauan titik buta, RCTA, dan bantuan parkir, Isuzu D-Max pasaran Malaysia mendapat sehingga tujuh beg udara, serta kelengkapan lain seperti:

  • ABS, EBD, Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • Bantuan Menurun Cerun (HDC)
  • Lampu Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Penderia parkir hadapan dan belakang
  • Kamera Undur

Dua pilihan enjin ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu enjin RZ4E-TC 1.9 liter (150 PS/350 Nm) atau 4JJ3-TCX 3.0 liter (190 PS/450 Nm) serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.

Harga jualan anggaran bermula dari RM89,000 sehingga RM145,000.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Isuzu D-Max generasi baharu itu dibina atas platform Dynamic Drive, di mana trak pikap ini…