Spesifikasi Mazda3 2.5 Turbo 2021 - 227 kuasa kuda, 420 Nm, pacuan semua roda!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sebelum ini Mazda 3 dengan nadi 2.5 liter turbo dijadualkan pelancarannya pada 8 Julai, namun rakan media di Mexico sudah pun menerima spesifikasi 'hot hatch' tidak rasmi dari Mazda itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan angka output 227 kuasa kuda dan 420 Nm, ia sekaligus menjadikan Mazda 3 dengan enjin turbo ini bakal memberikan saingan kepada hot hatch lain seperti Hyundai i30 N (247 hp/353 Nm), Golf GTI (241 hp/370 Nm) serta GR Corolla (272 PS/370 Nm).

Angka ini didapati menerusi satu sedutan video yang diterbitkan oleh Mazda Mexico di mana Mazda3 dengan nadi turbo ini juga bakal mendapat sistem pacuan semua roda.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik Skyactiv enam nisbah kelajuan, dan dengan kelebihan berat yang lebih ringan berbanding Mazda6 (sekitar 250 kg), ia sudah pasti membantu pecutan dari pegun.

Antara kelengkapan lain termasuklah set rim hitam bersaiz 18 inci, serta sistem infotainmen yang didatangkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai ciri standard.

Perincian yang lebih lanjut bakal menyusul menjelang pelancaran rasmi pada 8 Julai ini.