Spesifikasi Perodua D55L terdedah - nama bermula dari huruf A?

oleh Mohamad Hanif|
Sumber: Theophilus Chin
Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum pelancaran rasmi, timbul pula beberapa laporan daripada media tempatan berhubung spesifikasi SUV D55L yang akan muncul di pasaran pada tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Spesifikasi ramalan adalah seperti berikut:

1.0 X
lampu utama automatik LED
rim aloi 16 inci
tayar 205/65R16
paparan kluster instrumen analog
sistem audio standard

1.0 H
(tambahan kepada spesifikasi diatas)
-rim aloi 17 inci
-tayar 205/60R17
-skrin instrumen digital tujuh inci
-sistem infotainmen sembilan inci dengan ciri kata sapaan Hey Google

1.0 AV
(tambahan kepada spesifikasi diatas)
-warna dua tona
-ciri keselamatan ASA 3.0 (kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar laluan (LDW), bantuan kekal laluan (LKA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan sistem pemantauan titik buta (BSM))

 


Selain daripada itu, laman web Automachi juga melaporkan nama baharu SUV Perodua ini bakal bermula dari huruf A, dan berdasarkan semakan yang dibuat oleh laman Wapcar mendapati nama yang didaftarkan oleh Perodua dengan huruf A adalah seperti berikut:

  • Atriva
  • Axeda
  • Ativa

Daripada tiga nama yang disebutkan itu tadi, hanya dua nama sahaja yang berkemungkinan besar akan digunakan, memandangkan Perodua telah pun mengabaikan nama 'Atriva'.

Sebuah lagi laporan daripada Funtasticko pula mendakwa Perodua D55L telah pun dimulakan fasa produksinya awal bulan ini, dan para penasihat jualan Perodua dikatakan telah pun menjalani latihan produk.

Spesifikasi sudah diketahui, bagaimana pula dengan harga jualan?

Tunggu sahaja informasi lanjut daripada kami.

Sumber: Automachi, Funtasticko, Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Maklumat ini tertiris dalam bentuk brosur produk yang mendedahkan nama sebenar, tagline, serta…
Berita Domestik
Memetik daripada laporan rakan media Paultan, Perodua D55L yang masih sarat dengan pelekat samaran…
Berita Domestik
Namun, dalam satu perkembangan terbaharu, Perodua mengesahkan bahawa SUV yang masih tidak bernama…