Spesifikasi Polestar 5 terdedah - grand tourer berkuasa 872 hp, 900 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara tahunan Goodwood Festival of Speed, Polestar turut mengambil kesempatan memperincikan lagi spesifikasi model grand tourer Polestar 5yang bakal dilancarkan pada tahun 2024.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Model prototaip yang muncul di Goodwood itu dilihat masih lagi sarat dengan pelekat samaran, malah unit lampu utama depan dan belakang juga turut digantikan dengan versi sementara.

Namun, secara asasnya ia masih lagi membawakan bentuk badan keseluruhan GT empat pintu yang sama seperti model konsep Polestar Precept.
 

Polestar 5


Polestar 5 versi produksi akan menampilkan senibina elektrik 800 voltan dengan dua motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 872 hp dan 900 Nm yang dibangunkan di Sweden, dan bakal digunakan pada model-model Polestar lain pada masa akan datang.

Sementara itu, casis Polestar 5 pula menggunakan asas daripada platform aluminium terikat bespoke yang menyumbang kepada dinamik pengendalian yang sporti.
 

Polestar 5


Polestar 5 merupakan antara tiga model baharu yang akan dilancarkan oleh Polestar kelak.

Tetapi sebelum itu, Polestar dijadual akan melancarkan dua buah SUV elektrik Polestar 3 dan Polestar 4 dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
Model yang bakal muncul pada tahun 2024 pula merupakan Polestar 5, di mana imej paten yang…