SPOTV tawarkan percubaan percuma untuk musim baharu MotoGP 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena permulaan musim baharu perlumbaan MotoGP yang akan berlangsung minggu ini, saluran sukan SPOTV akan menawarkan percubaan percuma bagi aplikasi striming mereka iaitu SPOTV NOW.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Percubaan percuma itu boleh dinikmati oleh pelanggan apabila mereka mendaftar pada 22 Mac hingga 4 April dimana anda boleh menikmati striming langsung di SPOTV NOW secara percuma.

Percubaan percuma itu bukan sahaja untuk perlumbaan MotoGP Portugal dan Argentina, malahan anda akan mendapat akses untuk Formula E Prix Sao Paulo Brazil.

Musim 2023 juga bakal menjadi tahun bermakna bagi perlumbaan MotoGP dimana ia bukan sahaja meraikan edisinya yang ke-75, malahan juga Grand Prix ke-1000 di Le Mans pada bulan Mei.

Dengan 21 pusingan di 18 buah negara bersama tambahan baharu 21 perlumbaan Sprint MotoGP, Portugal GP bakal menjadi pembuka perlumbaan buat pertama kali yang akan berlangsung pada 24 Mac hingga 26 Mac ini.

Melalui saluran SPOTV dan aplikasinya SPOTV NOW, anda dapat menikmati perlumbaan secara langsung yang merangkumi Helicam dan kamera di jentera.

Bagi merancakkan lagi saluran itu, kru SPOTV juga akan berada di lapangan di Portugal untuk membawakan kepada anda konten tambahan yang boleh diakses di laman media sosial SPOTV.

Saluran SPOTV boleh disaksikan di Astro dan Unifi TV atau secara penstriman di aplikasi SPOTV NOW yang boleh dimuat turun penonton di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura melalui Google Play Store dan Apple App Store.