Spring Airlines, syarikat dari China lancar penerbangan KL - Naning

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Spring Airlines, syarikat penerbangan persendirian dari China melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Naning, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Penerbangan yang bermula Isnin dijangka akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari negara itu ke Malaysia serta mempermudahkan pelancong negara ke Naning.

Sedikit latar belakang tentang Spring Airlines; 

-  Spring Airlines berpangkalan di Shanghai dan mempunyai operasi domestik di Hongqiao, Pudong, Shijiazhuang, Shenzhen, Yangzhou, Ningbo dan Jieyang.

-  Syarikat penerbangan itu juga ketika ini mempunyai operasi di Tokyo, Osaka, Bangkok dan Jeju.

-  Syarikat penerbangan persendirian pertama China memperoleh anugerah keselamatan tertinggi CAAC.

-  Satu-satunya syarikat penerbangan yang memulakan perniagaannya tanpa menyertai Sistem tempahan TravelSky atau menggunakan ejen tiket untuk menjual tiket. Sebaliknya menggunakan kaedah jualan perniagaan ke pelanggan (B2C) dalam talian dan jualan mudah alih langsung sebagai saluran jualan utamanya.

-   Memiliki sebanyak 117 pesawat dan mempunyai lebih 130 destinasi laluan penerbangan domestik seperti Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Xiamen, Sanya, Shenyang, Harbin, Dalian, Qingdao, Shijiazhuang, Chongqing, Xi'an, Urumqi, dan Hohhot.

-   Spring Airlines mempunyai lebih daripada 113 laluan antarabangsa dan Asia.

 

spring

 

Menurut laporan dari Berita Harian, Pengurus Besar Asia Tenggara Spring Airlines, Yu Jaili,  telah berkata pihaknya berbesar hati dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama serantau ke Naning, China.

Beliau berkata, Spring Airlines adalah anak syarikat kepada Spring International yang terbabit dalam industri pelancongan utama China.

Katanya, Spring International telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC) bagi menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri.

"Malaysia adalah destinasi utama kepada pelancong China.

"Kehadiran kami di negara ini bukan saja dapat membawa lebih banyak pelancong kedua hala tetapi mempergiatkan lagi aktiviti pelancong," katanya selepas pelancaran Spring Airlines di KLIA pada Isnin.

Turut hadir Pengarah China Cultural Centre, Zhang Jiexin; Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Penerbangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohamed Sallauddin Mohamed Shah dan Timbalan Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa Asia Afrika MAHB, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.

"Kami menawarkan sejumlah besar sambungan dari Shanghai dan bandar lain di China ke destinasi popular di Jepun termasuk Tokyo, Osaka, Sapporo, Nagoya, Takamatsu dan Saga; destinasi di Korea Selatan termasuk Seoul dan Jeju.

"Ketika ini terdapat juga peningkatan bilangan penerbangan berjadual ke destinasi di Asia Tenggara termasuk Singapura, Phnom Penh dan Siem Reap di Kemboja, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur di Malaysia, serta penerbangan ke Bangkok, Phuket, Krabi, Chiang Mai dan Surat Thani di Thailand," katanya.

Jaili berkata, rangkaian Spring Airlines turut menawarkan penerbangan ke Hong Kong, Macau, Taipei dan Kaohsiung di Taiwan.

Beliau berkata, gabungan produk dan perkhidmatan terpilih, daripada perkhidmatan asas kepada perkhidmatan penuh, menjadikan perjalanan dengan Spring Airlines satu pengalaman yang unik.

Sejak awal operasi, Spring Airlines katanya telah mengekalkan purata keseluruhan faktor muatan penumpang sekitar 95 peratus serta menawarkan tambang 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran laluan yang sama.

"Walaupun berdepan perkembangan pesat, matlamat kami kekal mudah iaitu menawarkan perjalanan yang selamat, menepati masa, kos efektif, diperibadikan dan mesra untuk semua," katanya.