Sprinta bakal hadir dengan teknologi UltraFlex MotoGP

oleh HEZERI SAMSURI|
Petronas semalam mempamerkan produk pelincir motosikal mereka dengan teknologi MotoGP terkini.

Produk global tersebut, Petronas Sprinta dengan UltraFlex direka dengan kebolehan bertindak-balas dengan segera kepada perubahan bentuk jalanraya dan juga keadaan penunggangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Contohnya ialah jalanraya yang semakin sesak dan keadaan permukaan yang boleh bertukar dari selicin kulit Mira Filzah, dan dalam sekelip mata menjadi menggerutu dan berlubang-lubang seperti muka penulis selepas demam campak kira-kira 40 tahun lalu.

Apapun, teknologi UltraFlex memberi fokus kepada komponen-komponen enjin, klac dan juga gear.

Malah pelincir baharu ini mampu mengekalkan ketahanan lapisan filem, stabiliti kelasakan dan juga kadar kelikatannya walaupun semasa kelajuan enjin (RPM) yang tinggi.

Ini sangat sesuai dengan keadaan di mana penunggang akan tiba-tiba memecut atau membrek kerana Sprinta UltraFlex berkeupayaan melindungi komponen dalaman enjin dari suhu dan tekanan mekanikal yang tinggi.

 

 

Menurut Aadrin Azly, Ketua Pegawai Operasi Petronas Dagangan Berhad, produk Sprinta dengan UltraFlex telah diuji bermula pada perlumbaan MotoGP Belanda bulan Jun lalu.

"Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) membuat kemajuan yang membanggakan hasil dari penunggang-penunggang, pasukan teknikal dan juga penggunaan Petronas Sprinta," ujar beliau.

"Rangkaian produk Sprinta direka juga untuk melepasi piawaian alam sekitar global yang bakal berkuat-kuasa tahun hadapan, seperti Euro 5 dan Bharat Stage VI. Ini bermakna ia menjadikan enjin dan komponennya lebih efisien serta kadar pelepasan CO2 lebih rendah," tambah Aadrin.

 

 

Sprinta dengan UltraFlex akan mula dipasarkan bermula pertengahan November ini dan harganya bermula dari RM15 sehingga RM67 sebotol.

Ia juga akan dipasarkan secara global bermula dengan India dan Thailand pada suku pertama tahun 2020, diikuti dengan pasaran Indonesia, Vietnam dan seterusnya.

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…