SPRM sita dua helikopter, sebuah kapal mewah dan beberapa kenderaan mewah

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Berita Harian
Dua helikopter disita bersama 644 akaun bank individu dan syarikat dengan simpanan berjumlah kira-kira RM100 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil siasatan terhadap kartel tender kerajaan sejak semalam.


Selain itu, wang tunai berjumlah RM3.5 juta turut disita SPRM daripada kediaman ketua sindiket berkenaan bergelar Datuk yang berusia 47 tahun terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Hasil siasatan, selain menyita pelbagai kereta mewah bernilai RM15.7 juta, setakat ini SPRM turut menyita pelbagai aset lain seperti banglo, rumah kedai, pejabat dianggarkan bernilai RM29 juta.

 

Aset dan wang tunai yang disita serta pembekuan akaun itu dibuat susulan tangkapan tujuh individu anggota sindiket kartel diketuai lelaki itu yang memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu.

 

"Selain memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, suspek juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua buah helikopter," katanya.

 

Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000.

 

"Dipercayai 114 individu digunakan namanya untuk membuka lebih 150 buah syarikat, namun kesemua syarikat itu adalah milik oleh suspek.

 

"Kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender dan sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.

 

"Maklumat tender dan sebut harga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi," kata sumber.

 

Siasatan SPRM mendapati, hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu daripada segi kelayakan akademik, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk meyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek.

 

range rover

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…