"Penahanan kesemua suspek adalah hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.
"Bagaimanapun keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan terbabit telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil," katanya pada Selasa.
Sementara itu, dua lagi individu telah direman selama lima hari bermula Selasa sehingga Sabtu.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.
Tambah beliau, setakat ini SPRM telah menahan sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.