Ini kerana Honda sendiri tidak mempunyai perancangan untuk menjual hatchback EV tersebut di pasaran lain, termasuklah Amerika Utara dan China.
Berdasarkan hantaran terbaharu yang diperoleh daripada Autonetmagz menerusi Car Spotting TH ternyata menunjukkan sebuah model hatchback elektrik Honda e berwarna kuning dibawa di atas sebuah lori flatbed.
Namun, Careta telah mendapat satu informasi menarik daripada sumber yang dipercayai, menyatakan bahawa model EV Honda e tersebut sebenarnya merupakan unit grey import yang diperoleh salah sebuah pemegang AP kereta recond di Malaysia.
Menurut sumber tersebut, pihak pemegang AP itu mendapat tawaran import daripada UK untuk membawa masuk Honda e ke pasaran Malaysia, namun tawaran tersebut ditolak atas sebab yang tidak diketahui.
Disebabkan itu, Honda e berwarna kuning tersebut kemudian di hantar ke Siam.
Adakah ini bermakna Honda e kini sudah bersedia untuk memasuki pasaran selain Eropah dan Jepun?
Bulan lalu, Honda e telah pun dilancarkan di Jepun dan bakal dijual bermula 30 Oktober nanti.
Spesifikasi tidak didedahkan secara terperinci, namun berdasarkan rujukan, Honda e untuk pasaran Eropah mempunyai output 148 hp dan daya kilas 300 Nm yang memacu roda belakang.
Pek bateri pula adalah berkapasiti 35.5 kWh yang membenarkan operasi sejauh 200 km untuk sekali caj penuh.
Sebagai rujukan, harga jualan Honda e di Jepun bermula dari 4,510,000 yen (RM178,315).
Spesifikasi Honda e Jepun boleh dibaca pada pautan di bawah: