SRT - Kontrak Rossi tidak disambung musim depan!

oleh SALINA JALIL|
Razlan sahkan pasukan Malaysia itu tidak sambung kontrak pelumba Itali tersebut.


TEKA-TEKI mengenai nasib bekas jaguh dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi terjawab apabila prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Datuk Razlan Razali mendedahkan pihaknya tidak akan me­nyambung kontrak pelumba l­egenda Itali itu musim depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pelumba berusia 42 tahun itu sebelum ini dilihat ‘main tarik tali’ mengenai percaturan kariernya pada saingan MotoGP musim depan selepas mendedahkan bakal membuat pertimbangan sejurus tempoh rehat saingan pada musim panas ini.

 

Bagaimanapun, Razlan me­negaskan, pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama atau bersabar dengan keputusan Rossi kerana SRT mempunyai perancangan sekali gus pihaknya memutuskan sebulat suara untuk ‘berpisah’ dengan Rossi pada peng­hujung musim ini.

 

“Kami (SRT) enggan menunggu terlalu lama mengenai keputusan Rossi sama ada dia ingin meneruskan perlumbaan atau tidak pada musim depan.

 

“Menerusi perbincangan dengan pengurusan, kami sebulat suara bersetuju tidak ingin meneruskan kontrak bersama Rossi bagi perlumbaan 2022.

 

“Justeru, kami akan kembali fokus pada matlamat kami untuk mencari bakat-bakat pelumba muda terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

 

Rossi yang juga juara dunia MotoGP sembilan kali dilihat gagal mempamerkan aksi me­yakinkan setakat ini dan hanya menduduki tangga ke-19 dalam carta kedudukan pelumba bersama pasukan SRT.

 

Rossi kini ketinggalan 100 mata berbanding pendahulu ke­seluruhan yang juga bekas pelumba SRT, Fabio Quartararo.

 

Rossi sebelum ini dilaporkan sedang giat membina sebuah pasukan dalam kelas perdana MotoGP musim depan dan cuba ‘memikat’ pengeluar jentera dari Jepun, Yamaha untuk menyokong mereka dalam saingan tersebut.

 

Careta berharap dengan pengumuman ini pelumba-pelumba negara akan merebut peluang ini dan beraksi dengan cemerlang nanti.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

MotorGP
Ditawarkan dalam kuantiti terhad 100 helai sahaja, setiap satu barangan tersebut dibuat secara…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Namun begitu, Prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali serta Pengurus Pasukan Johan Stigelfelt…